YANG MAKAN GAJI DENGAN KAIS PAGI MAKAN PAGI-SIRI 4


Bukan kita memandang ringan tetapi kita mahu KKM jelaskan mengenai kondisi pesakit. Ada pandangan mengatakan walaupun Singapura jumlah pesakit 6 kali ganda daripada Malaysia dgn jumlah penduduk 5.8 juta sahaja tetapi mereka dianggap terbaik kerana Singapura menyaring kesemua pekerja asing.

Selepas beberapa bulan kerajaan Singapura melihat kebanyakkan mereka yg terkena virus ini adalah pekerja asing, warga tua, mereka yg mempunyai pelbagai kompilasi penyakit.

 

Manakala golongan berumur 35 tahun ke bawah dikhabarkan 90% akn sembuh. Disebabkan kajian itu mereka membuka sektor ekonomi mereka walaupun pada ketika itu kes seharian mereka agak tinggi.

 

Kerajaan Singapura memfokuskan sektor ekonomi dan SOP yg sgt ketat . Dlm masa sama kerajaan Singapura menggalakkan rakyatnya keluar berbelanja dan khabarnya setiap warganegaranya diberikan 100 utk berbuat demikian.

Sedangkan di negara kita sejak 3 hari ini berita Covid sgt menakutkan. SOP kurang diberi penekanan kpd rakyat tetapi lebih tertumpu kpd angka pesakit baru.

Rakyat Malaysia hanya menunggu wajah serius hero kita Tan Sri Noor Hisham memberi jumlah kes harian. Mereka jarang peduli mahu mendengar jumlah yg sembuh dan kenapa pesakit itu mati.

 

Contoh ada rakan FB dari Kedah maklumkan kpd saya, bila ke Penang bila ada urusan dan bila org Penang tahu dia dtg dari Kedah terus berubah wajah. Sdgkan jumlah yg ramai itu difahamkan 90% dari dlm penjara Kedah. Kepung sahaja penjara tersebut dgn kakitangan penjara utk tempoh 10-14 hari.

 

Sewajarnya Dr Noor Hisham menjelaskan dgn lebih terperinci kerana menyebut kluster ini ibarat dkt kampung kita menyebut kroni, korupsi dan sebagainya. Guna sahaja bahasa 'mereka yg terkena jangkitan tersebut adalah banduan di dlm penjara'. Senang org2 kampung faham.

 

Saya setuju dgn kata Dr tadi, kalau nak ikut bahaya pesakit kanser itu jauh lebih bahaya kerana sukar diubati. Tetapi memandangkan Covid mudah berjangkit jadi ia sgt ditakuti. Sdgkan ia boleh dicegah jika amalan SOP yg ketat seperti diamalkan di Singapura dan Taiwan.

 

Berdasarkan kenyataan dari Itali kegagalan awal mereka menangani kes Covid 19 pada awalnya kerana sikap rakyat dan kerajaan yg memandang remeh. Berbanding dianggap terbaik di dunia apabila Taiwan adalah negara terawal mengepung kemasukkan pelancong ke negara tersebut.

 

Hasil kajian kerajaan Itali, 90% mereka yg mati adalah yg berumur 70 tahun ke atas dan ada kompilasi penyakit2 lain. Kini Itali adalah antara negara Eropah yg terbaik mengawal Covid19. Mereka cepat belajar dari kesilapan.

 

500 kes angka masih dianggap masih dlm kawalan. Saya bersetuju dgn hujah KKM selepas mengkaji kes2 di luar negara. Australia, Singapura, Taiwan, Qatar, UAE jumlah pesakit Covid mereka jauh lebih ramai tetapi mereka tetap membuka satu persatu sektor ekonomi. Bezanya mereka mengamalkan SOP yg sgt tegas.

Australia telah lama membuat PKP atau lockdown secara bersasar seperti apa yg dilakukan kpd Merlbourne baru2 ini. Buat sementara ini melakukan PKPB secara bersasar di Sabah wajar. Ini kerana ia sudah merebak ke beberapa daerah akibat PRN yg lalu kerana pergerakan jutaan manusia berkempen.

 

Ingin kita pesan kpd kerajaan selagi tiada kawalan yg ketat di pintu sempadan di Lahad Datu, Semporna dan Tawau... sukar kita ingin membendung penularan Covid-19 di Sabah kerana Indonesia dan Filipina adalah negara Asia yg mempunyai jumlah pesakit yg paling ramai.

Negara2 barat, China, Korea, Jepun, Taiwan tetap mahu menggerakkan ekonomi. Menurut kajian di England hanya 3% kes berlaku di pub atau restoran. Manakala ribuan kes berlaku di sekolah dan care home. Apapun bila kes meningkat baru2 ini mereka segera melakukan lockdown bersasar dlm tempoh yg singkat, itupun kerana kes mereka meningkat 2 ke 3 ribu sehari.