Tuanku YDP Agung.

 Tuanku YDP Agung.


Negara kita negara berperlembagaan. Tidak patut perdana menteri berlari melolong mencari perlindungan dibelakang tuanku. Perdana menteri cuba mempergunakan tuanku. Akhirnya nanti nama tuanku yg tercemar. 


Benar rakyat tidak akan mengkritik tuanku kerana akta hasutan tapi hati mereka akan berkata perdana menteri cuba menggunakan tuanku untuk bajetnya diterima bulat2. Kalau perdana menteri tiada sokongan maka biarlah ia tumpas diparlimen bersendirian, tanpa mencemar nama baik tuanku.


 Bajet itu bukan bajet tuanku. Bajet itu ialah bajet perdana menteri maka biarlah ia menguruskannya sendiri. Jangan cemari nama baik tuanku. Beliau telah cuba menipu rakyat dan mempergunakan tuanku dgn cadangan daruratnya. Dan hari ini beliau mencuba lagi berlindung dibelakang tuanku dgn meminta tuanku menggesa ahli parlimen menyokong bajetnya secara bulat2.

Mohon maaf tuanku.


Haron Yusof