Tidak mustahil Warisan Plus kembali perintah Sabah
Presiden Warisan Sabah telah memberi harapan baharu pada penyokong partinya kerana parti ini ada harapan yang cerah untuk memerintah kembali negeri ini, berhubung perkembangan politik Persekutuan yang mana ramai meramalkan kerajaan PN bagai telur di hujung tanduk.
Kekukuhan kerajaan Muhyiddin Yassin tergugat ekoran dari kenyataan pemimpin UMNO bakal mengkaji penyertaan mereka dalam Perikatan Nasional, manakala Najib Razak mantan perdana menteri telah menggaris kasarkan kenapa UMNO wajar keluar dari kerajaan PN. Manakala Ku Li pemimpin veteran UMNO mendesak agar usul tidak percaya terhadap Muhyiddin melalui dewan rakyat pada persidangan sesi depan dalam bulan November ini. Secara teknikalnya Muhyiddin telah kehilangan sokongan ahli dewan rakyat kerana Najib Razak, Tengku Razaleigh dan Nazri Aziz telah menarik sokongan mereka pada perdana menteri itu.(113-3 =110).
Menurut mantan perdana menteri itu, jika UMNO tidak meninggalkan PN, peranan UMNO dalam kerajaan tidak berbaloi dan akan menghadapi masalah agihan kerusi kelak, yang mana kerusi tradisi parti itu tidak dilepaskan oleh PN seperti berlaku di PRN Sabah dimana PN menaja calon-calon bebas sehingga calon-calon UMNO kalah di beberapa kawasan dewan undangan negeri yang ditandingi oleh UMNO.
Sebagai seorang Perdana Menteri yang berintegriti, wajarlah melepaskan jawatan tanpa berdolak-dalik kerana selama pemerintahannya dalam masa enam bulan keadaan negara tanpa perubahan ketara, malahan keadaan ekonomi semakin merosot ditambah dengan pandemik Corona yang semakin teruk serta kestabilan politik tidak menentu sehingga ada beberapa negeri politiknya semakin teruk termasuk lah Sabah sehingga membubarkan dewan undangan negerinya kerana berlaku rampasan kuasa atas kerjasama Perdana menteri itu sendiri.
Kerjasama Muhyiddin secara langsung sebagai dalang rampasan kuasa di Sabah telah membawa akibat pertukaran kerajaan Sabah dan yang paling terkesan pada rakyat Sabah adalah kemelut pandemik Covid-19 yang semakin kronik sehingga membawa jangkitan mencecah tiga angka setiap hari dan ramai yang terkorban termasuklah bayi seusia setahun.
Sebagai perdana menteri yang terkenal dari keturunan Ulamak dan mengaku dirinya sebagai bapa (Abah) pada rakyat Malaysia. Beliau wajarlah meletak keutamaan rakyat dari mempertahankan jawatannya, serta beliau haruslah bertanggungjawab terhadap Sabah kerana menjadi sarang Corona kesan dari PRN Sabah walau dengan apa alasan sekalipun. – Borneo Voice