Oleh Alexis Utara
Ia bukan isu besar sekiranya terdapat kumpulan Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu kerana mereka sedar pengkhianat ‘terulung’ adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang perlu disingkirkan dengan segera.
Mengapa Ahli Parlimen UMNO perlu berasa serba salah atau berdosa untuk menyingkirkan Muhyiddin kerana sosok tersebut sebenarnya adalah pengkhianat ‘terulung’, sudah lah beliau mengkhianati UMNO dan menubuhkan parti baharu Bersatu kemudiaan mentornya sendiri Tun Dr Mahathir Mohamad juga diketepikan dan dikhianatinya.
Jadi, tiada alasan untuk UMNO perlu merasa serba salah untuk mengkhianati janji dengan Muhyiddin kerana Perdana Menteri tersebut adalah pengkhianat yang mengenepikan prinsipnya sendiri sehingga sanggup melanggar Tun Dr Mahathir.
Oleh sedemikian, apakah masalahnya mengkhianati seorang pengkhianat?
Sokongan kepada Anwar akan melambangkan kematangan UMNO sebagai sebuah parti ‘berpengalaman’ dan tidak mudah dibuli oleh Bersatu yang dipimpin oleh Muhyiddin.
Takkan lah UMNO mahu tunduk kepada parti serpihan pengkhianat Bersatu, lebih baik sekiranya mereka bergandingan dengan PKR daripada Bersatu.
Insiden di Sabah apabila pandangan UMNO diketepikan dalam memilih Ketua Menteri Sabah bukan satu petanda baik, malahan akar umbi sudah mula meluahkan rasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku di Sabah.
Sekiranya diteruskan juga kerjasama UMNO dengan Bersatu, kemelut berpanjangan akan melanda UMNO kerana sudah pastinya kerusi yang secara tradisinya milik UMNO akan terpaksa digadai diberi kepada Bersatu seperti berlaku di Sabah.
Jika ini berlaku, perang besar antara akar umbi UMNO dengan Bersatu mungkin tidak boleh dielak lagi, jadi sebelum perkara tersebut berlaku adalah lebih baik Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil langkah ‘pencegahan’ lebih awal.
Untuk masa depan UMNO, kerjasama ideal adalah bersama PKR dan Zahidi Hamidi mahu tidak mahu perlu memikirkan tentang perkara ini.
Muhyiddin bukan lagi individu yang boleh diharap kerana tamak haloba untuk berkuasa menyebabkan rakyat kini sengsara, lihat lah apa yang berlaku di Sabah siapa punya angkara jika bukan kerana dua budak suruhannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin Awang.
Muhyiddin jangan buat-buat tidak tahu, langkah di Sabah dirancang oleh beliau dan kroni-kroninya. UMNO sebenarnya tidak mahu langkah tersebut diteruskan, Muhyididn yang sangat beria-ria mahu merampas Sabah sehingga lah terpaksa diadakan Pilian Raya Negeri Sabah.
Kabinet Muhyiddin sekarang dilihat gagal, rakyat sudah muak dengan ‘doa’ hipokrit dan gelaran ‘abah’ bukan gambaran sebenar yang diharapkan oleh rakyat, bagi mereka Perdana Menteri tersebut tidak boleh diharapkan langsung kerana menjadi punca kepada peningkatan kes Covid 19 yang sudah berleluasan seluruh negara.
Bagi Perdana Menteri yang hanya mampu bekerja 4 jam sehari dan lebih sibuk dengan urusan program golf, rakyat kini terpaksa menjaga diri sendiri dan tidak berharap kepada Muhyiddin dan barisan kerajaannya lagi.
Kini, rakyat jaga rakyat dan bukan lagi Muhyiddin.