'Rencana B' Azmin
Terungkap 25 Oktober 2020
SARAWAK REPORTS
Setelah berusaha dan
gagal merampa negara ini dengan pengisytiharan haram mengenai
keadaan darurat palsu tanpa persetujuan parlimen, hanya ada satu langkah
terhormat untuk 'PM8'. Kerjaya politik hampir tidak pernah berakhir dengan nada
tinggi dan setelah penolakan Agong dan Majlis Raja-Raja mengenai rancangannya
yang gegabah dan lebih banyak menimbulkan masaalah dan bencana, semata-mata
untuk mengelakkan kekalahan dan kejatuhan kerajaan minoritinya, telah banyak diperkatalan
bahawa Muhyiddin harus melepaskan jawatannya.
Ketika dia memanggil Kabinetnya yang sangat
hebat dan ramai sekali dalam dunia di rumahnya yang sangat besar di Damansara Heights (berpakaian marmer
Itali yang paling mewah) berita mula tersebar luas bahawa dia bermaksud akan menyerahkan
jawatannya dan pengunduran dirinya kepada Agong pada hari Isnin pagi ( pagi
ini) . Itu adalah perkara yang betul untuk dilakukan. Walau bagaimanapun,
kumpulannya yang terdiri daripada 70 menteri (gabungan ketua-ketuanya mempunyai
sedikit orang India) secara dasarnya mula merasa kecewa.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini menjadi
pilihan utamanya ialah melihat akan kedudukan mereka dan mereka telah menggabungkan faedah yang mereka perolehi tersebut
dalam banyak kes dimana kedudukan awam yang hanya menguntungkan sekelompok yang dianggkat oleh Muhyiddin.Keputusannya mungkin
akan menyebabkan adanya perasaan
kekecewaan sehinggakan akan menyebabkan ramai yang mengalirkan air mata
kesedihan, , mereka masih memujuk
Muhyiddin untuk kekal sebagai PM.
Dia mungkin menyerahkan kuasanya dan dengan
penuh bermaruah, dan sudah jelas
memiliki kekayaannya, tetapi bagaimana dengan penyokongnya?
Azmin Ali adalah salah
satu dari jumlah mereka yang tidak akan pernah menyerah untuk melepaskan
kekuasaannya - boleh dikatakan sebagai ahli politik yang paling tidak popular
di Malaysia (kerana satu pihak membencinya kerana pengkhianatannya dan yang
lain kerana kesombongannya dan orang-orang beliau kerana keserakahannya). Dan
adalah Azmin Ali yang selalu mempunyai strategi untuk terus maju walaupun
permainan baru ini sedang cuba ditonjolkan . Plan B, seperti yang diungkapkan kepada para
penyokong yang telah berjuang dengan kejayaan yang semakin meningkat untuk
mengubah keputusan Muhyiddin yang dianggap tidak masuk akal, sudah dilancarkan menjadi
satu strategi politik.Dimana menggunakan pujian istana sebagai senjata.
"Kabinet akan
membincangkan lebih lanjut keputusan Seri Paduka Baginda Tuanku. Keutamaan
Kabinet dan pemerintah saat ini adalah melindungi warganegara dari penyakit
Covid-19, ”katanya dalam pernyataan tiga perenggan singkat sekitar setengah jam
dari tengah malam.
Jadi,
strategi telah disusun, walaupun 'PM8' jelas masih mempertimbangkan
kebijaksanaan pendekatan ini.
Semua
orang tahu siapa yang menyebabkan ketidakstabilan sekarang di Malaysia dengan
meninggalkan parti politik mereka untuk merebut kekuasaan dan siapa yang
menghabiskan beberapa bulan terakhir dengan peningkatan wabak covid dan permainan politik tanpa henti berpolitik untuk membina
tampuk kekuasaan pemerintahan pintu belakang yang tidak terpilih yang tidak
pernah memiliki majoriti kukuh dan meyakini.
Namun, kebenaran dan rasa malu tidak pernah menghalang mereka yang merampas kuasa ini dan mereka tidak akan berhenti untuk berdebat bahawa penyalahgunaan kuasa mereka dibenarkan - memang disucikan dengan izin kerajaan.
Dalam keadaan seperti itu, adalah tugas mutlak Parlimen untuk melakukan tugasnya, sama seperti para penguasa melakukan tugas mereka pada hujung minggu ini. Ahli Parlimen mesti menahan pemberontak dan perampok yang telah berusaha mengemudi kerajaan . Mereka mesti menentang omong kosong seperti itu, membuat suara keyakinan dan memperoleh majoriti yang sah, tidak bersikap membantah hujah palsu mengenai "hak memerintah" , dan menggunakan Istana demi kepentingan politik tamak haloba mereka.
WRLR