Pas – Umno main isu Melayu, sekarang senyap?
Ketika kerajaan PH, hari-hari disebutkan mengenai kes Allahyarham Adib. Sampai keluarga Allahyarham Adib digunakan untuk mileage politik.
Sekarang mana kes Adib? Apa kes? Senyap? Hanya mahu dituduh atas Seksyen 143 Kanun Keseksaan sahaja? Iaitu perhimpunan…
Ketika kerajaan PH, isu Melayu Islam dimainkan hari-hari. Sampai pemandu mabuk pun dipolitikkan.
Sekarang kes Cina mabuk lebih banyak, malah ada kemalangan pemandu wanita yang ambik dadah. Kenapa diam? Tak ada siapa berbunyi?
Ketika kerajaan PH, Tabung Haji diletakkan bawah pemerhatian Kementerian Kewangan pun dipolitikkan.
Ini nak lantik General Manager hotel orang Cina tak ada siapa pun berbunyi.
Ketika kerajaan PH, siap buat kempen Buy Muslim First, betapa nak politikkan isu Melayu Islam.
Dah ke laut ke kempen tu?
Ketika kerajaan PH, tak ada sebiji kapal dari China pun berani masuk, sebab Perdana Menteri masa tu warning tak nak ada kapal perang masuk perairan Laut China Selatan. Itu pun jadi isu juga.
Sekarang siap boleh masuk bersiar-siar. Mana semua yang kutuk tu?
Ketika kerajaan PH, ada isu nak tutup Malaysia Airlines, Perdana Menteri masa tu, berhempas pulas jumpa orang itu orang ini, nak selamatkan MAS, itu pun kata kerajaan nak bunuh orang Melayu yang kerja situ.
Harini, dah nak bankrap, dah nak tutup Malaysia Airlines tu, ke mana dah orang tuduh itu ini?
Ketika kerajaan PH, lepaskan LTTE. Kata kerajaan bela pengganas.
Harini, ke mana dah kes LTTE? Bila nak dakwa balik? Bila nak letak bawah pengganas?
Ketika kerajaan PH, kita katanya tak martabatkan bahasa Melayu.
Hari ini, Menteri pun keluar kenyataan dalam bahasa ibunda dorang. LRT pun letak iklan bahasa Cina sebesar-besar alam. Mana semua?
Masa zaman PH, buatnya perhimpunan RUU 355. Padahal sekor pun tak faham menatang apa tu.
Hari ini, kata tak penting benda tu.
Masa zaman PH, integriti SPRM, PDRM semua ni naik mendadak. Tak de lah pula dengar orang mampu panjat tembok SPRM tu lari.
Ketika zaman PH, ada satu bendera terbalik, habis kecoh macam nak runtuh.
Sekarang? Balai polis sendiri pasang bendera terbalik, katanya boleh dimaafkan.
Dulu, bila bagi RM 50 juta kat sekolah2 Cina. Pergh bukan main mengamuk masing-masing. Kata tak pentingkan orang Melayu la, apa lah.
Sekarang, siap bagi RM 58 juta kat satu kolej swasta Cina lagi! Pastu siap tambah bina sekolah Cina baharu. Mana semua tu???
Akhirnya semua sedar, semua ini hanya retorik untuk dijadikan naratif supaya kerajaan PH itu jatuh. Kita hari-hari berpolitik sehinggakan kita hilang fokus. Tun Mahathir duk fikir bagaimana nak selamatkan negara dari masalah ekonomi, baru je kita nak hidup balik.
Memang lah kita kena berjimat beberapa perkara, nak bayar hutang sahaja berbilion setahun. Hutang yang tak nampak pada rakyat pulak tu. Ko ingat kerajaan mampu nak bagi apa yang dapat masa COVID-19 oleh kerajaan abah kau ni kalau kita tak berjimat cermat dulu?
Semua tu orang tak nampak. Yang nampak hanyalah benda yang dicipta untuk menutup aib yang mereka pernah buat.