Pas Kedah patut solat hajat tolak Covid
MSO
Memandangkan kes baru positif Covid di Kedah tertinggi, 397 kes berbanding dengan Sabah 219, wajarlah kalau kerajaan Kedah dibawah pimpinan Pas memanggil untuk mengadakan majlis munajat dan solat Hajat perdana.
Bukankah pendekatan Pas sebelum ini suka memohon kepada Allah menggunakan ritua agama. Apa salahnya kalau ikhtiar untuk melindungi rakyat daripada diwabaki Covid adakan solat Hajat perdana. Kalau tidak boleh berhimpun kerana SOP ketat, solat Haji boleh dianjurkan secara on line.
Mufti yang afdal yang tinggal berhampiran dengan negeri Kedah Darul Makmur boleh diundang menjadi imam dan bacaan doa. Atau pun presiden Pas yang pernah jadi timbalan presiden ulama sedunia boleh juga bertindak sebagai imam dua. Hashim Jasin sebagai khatib. Yalim lim yalim. Trims.