HAMDAN TAHA
Sebagai orang islam kata
kata yang kita tidak boleh terima dan
membangkitkan kemarahan paling marah sehingga tidak
terhingga....apa dia
sahabat....
Bila ada orang kata pada orang Islam kamu tu kafir menuju jalan
masuk neraka....parti Umno tu tauhud....dan menyesatkan....
Begitu juga ada orang kata parti Pas itu ialah parti sesat dan
menyimpang dari islam ( ini ada dua tokoh secara terbuka menyebut pas parti
sesat iaitu TSMY dan Tun dr M)
Dengan segala ayat itu pun boleh berbaik kerana kuasa. Kerana
pangkat....buktinya sekarang Pas....Umno Dan Bersatu.....tak ada pun
masalah....dah beberapa bulan bersama...
Tapi Dap pula tak pernah saya dengar dia kata umno di
kafirkan....umno di sesatkan. Pertelagahan hanya sekadar isu bangsa dan
persepsi masing masing yang keterlaluan. Itu saja....begitu juga umno terhadap
Dap
Saya susah nak terima bila orang kata saya tidak islamik...dan
saya menyokong parti kafir...dan saya tidak utamakan islam....ayat ni saya
betul betul marah dan tak boleh terima....
Tapi jika ada orang kata saya bahawa parti kamu tu
penyamun...perompak....rasuah...setakat itu saja saya boleh jawap balik....dan
saya pun bole kata ke dia perkara yang sama....kerana dia pun parti politik
juga
Tapi jika sesama islam dia kata saya sesat....saya tak boleh nak
kata dia pula sesat....jika dia kata ke saya parti kamu tak akan di terima
masuk syurga....saya tak akan jawap ayat yang sama kepada mereka
begitu....kerana masuk syurga itu bukan hak manusia atau dia...tetapi hak Allah
melalui rahmatnya....jadi saya tidak boleh nak terima bila parti yang rasa dia
sempurna dan betul tapi orang lain tak betul....ini berat bagi saya...
Jika di takdirkan Umno dan DAP berada dalam kerajaan yang sama.....maka kita akan lihat di
kalangan masyarat bertukar pula....
Dah tak ada orang
cina kata Melayu Umno jahat dan Melayu pun tak kata DAP jahat...
Yang akan kata DAP dan Umno jahat dan musuh pada negara ialah Bersatu dan Pas....mereka akan
pusing satu Melaya ajak orang Melayu benci Umno dan DAP....
Pada hal Pas dan Bersatu lebih awal dah bersama DAP....mereka pernah sebantal....satu tilam dan
guna bilik mandi yang sama....cuma bezanya mereka tak apa baik dengan DAP....parti Umno jangan....
Cukup cukup lah negara kita dengan segala perbalahan. Melayu dan
melayu.....melayu dan cina....dah lah tu...
Kita kena tunjuk pada Tun Dr m tampa dia dalam politik negara
aman damai....tenteram dan tak ada perbalahan kaum melampau...
Selama 30 tahun kita berbalah ini sebab utama ialah cara politik
Tun Dr M untuk kekal berkuasa....dia buat bangsa melayu dan bangsa bangsa lain
ni macam dia kacau dodol....tu sebab kita jadi huru hara...
Dalam sejarah moden dunia saya percaya keadaan ekonomi seluruh
dunia paling parah adalah sekarang. Negara kita tak boleh lagi ada sebuah
kerajaan yang tidak lengkap di dalam barisan kabinetnya....dan tidak kuat
sekitar dua undi lebih dari pembangkang...dan tidak di percayai oleh negara
negara lain juga rakyat sendiri....
Ujudkan lah satu kerajaan yang kuat....dan ambil semula tokoh
tokoh hebat masuk dalam kerajaan. Paling penting kerajaan itu tampa ada ganguan
dari Tun Dr M...jika ada ganguan pun dia tidak mendatangkan kesan....
Biar lah sebelum Tun M meninggalkan dunia ini dia tahu bahawa
tampa dia dan keluarga dia pun kerajaan Malaysia tetap ada dan lebih baik dari
dia ada. Biar sebelum dia pejamkan mata dia melihat bahawa semua musuh yang dia
telah bunuh kembali berada dalam politik....biar dia tahu dia bukan Tuhan atau
malaikat boleh menentukan semua perkara dalam dunia ini