Negara ditentukan oleh cybertrooper
Ir Zainudin Omar
Semasa zaman PH, hari takkan berlalu tanpa isu-isu ini di gembar gemborkan oleh walauan Pas dan macai BN.
Perkataan hancing dan kincing seperti diarrhea keluar dari mulut mereka tanpa henti walaupun sudah telan seguni lomotil.
Cyber troopers PH senyap dan SR terus hilang dari radar kerana meraikan kemenangan tanpa mematahkan serangan puak walaun dan macai ini selama 22 bulan. Menteri Gobind Singh dan Kementerian Komunikasi terus tidur lena atas nama kebebasan bersuara.
Apabila Kerajaan PH jatuh akibat khianat, verbal diarrhea dari walaun dan macai BN berhenti dengan tiba-tiba. Semua isu dari pemandu mabuk hingga isu oktoberfest seperti telah selesai termasuk kes RUU355.
Nampak tak korang macamana team cyber troopers boleh porak perandakan kebenaran dan meracunkan fikiran rakyat sehingga isu tulin boleh hilang dari ingatan?
Semoga menjadi iktibar pada geng PH bahawa kebenaran perlu ditegakkan dan lawan tetap lawan dalam dunia siber tanpa henti.