ALI MANSOR
Covid 19 - Disebalik tembok batu dan jerigi besi
Perkembangan covid 19 amat membimbangkan walaupun dianggap
terkawal. Ia dianggap terkawal kerana kebanyakan kes melibatkan tahanan penjara
yg dijangkiti secara berskala besar. Mungkin jangkitan ini akan terus menular
dan angka akan bertambah setiap hari. Pengumuman kjaan seperti merahsiakan
sesuatu utk memaklumkan pelan tindakan bagi mengatasi wabak ini di penjara.
Tiada juga kita mendengar suara, desakan dan pandangan mana2 NGO yg prihatin
mengenai hak asasi manusia.
Banduan yg mendiami penjara khususnya di Kedah dan Sabah sedang
menghadapi risiko besar. Apakah nyawa mereka lebih murah semata2 kerana mereka
digelar banduan atau ada antaranya masih berstatus reman atau sedang dlm proses
penghakiman. Kita juga bersimpati dgn nasib para petugas penjara yg sedang
berada di dlm risiko jangkitan yg tinggi. Risiko ini juga sudah menular kepada
ahli keluarga mereka.
Kerajaan seharusnya mengumumkan pelan tindakan untuk mengatasi
wabak ini di penjara. Wabak ini bukan sebahagian dari hukuman yg mesti dihadapi
oleh banduan apatah lagi kakitangan penjara. Menguruskan banduan yg positif
Covid 19 juga bukan perkara mudah krn ia memerlukan kawalan ketat petugas
keselamatan. Pengamalan mengurus banduan semasa krisis ini akan menjadi
pengalaman menarik buat Malaysia untuk dicontohi negara2 lain.
Kita amat menantikan pengumuman KKM utk mengatasi pandemik ini
di penjara. Apakah perlu sebuah hospital medan diwujudkan di penjara yg
berkenaan utk mengatasi masalah ini? Kita juga sedang menantikan pengumuman
kjaan terhadap bentuk bantuan kepada kakitangan penjara. Saya yakin mereka amat
tertekan ketika ini dan bantuan sokongan psikologi amat diperlukan oleh mereka.
Amaran KP penjara sebelum ini akhirnya menjadi kenyataan
walaupun kesnya berbeza. Kita harus melahirkan rasa simpati kpd kakitangan
penjara dan bukannya bersifat lepas tangan kononnya masalah di penjara
merupakan kes terpencil dan tidak perlu dirisaukan. Mudah2an TS Muhyuddin dan
barisan kabinetnya bertindak segera bagi membantu warga penjara yg sedang
bergelut menghadapi pandemik ini. Kepada NGO khususnya badan hak asasi manusia
inilah masanya mrk prihatin dan bertindak membantu pesakit2 Covid 19 yg sedang
bergelut disebalik tembok batu dan gerigi besi...
bersambung...