W.FAUDZIN
YA ALLAH!! INSAN INI TELAH CUKUP DIUJI. APA LAGI UJIAN YANG KAU TIDAK PERNAH BERIKAN KEPADA MANUSIA BERNAMA ANWAR IBRAHIM INI? SUSAH, SENANG, SUKA, DUKA, DERITA, DIFITNAH, DIKHIANATI, MALAH DIKURUNG, SEMUANYA TELAH KAU UJI. CUMA, KAU BELUM MENGAMBIL NYAWANYA.
AKU MEMOHON KEPADA MU, JANGANLAH KAU AMBIL NYAWANYA ATAU NYAWA KAMI, SEBELUM KAU ANGKAT DIA UNTUK MEMIMPIN NEGARA INI. TIADALAH KEMATIAN YANG LEBIH BAIK SELAIN DARI MATI MENINGGALKAN JASA DAN KEBAIKAN.
AKU MEMOHON AGAR ENGKAU PERMUDAHKAN PERJALANAN PEMIMPIN KESAYANGAN RAKYAT INI UNTUK MEMBAWA ISLAH KEPADA NEGARA TERCINTA INI. AMEEN.
WFAUZDIN NS
Selingkar kisah penulisan MSO di bawah untuk saya kongsikan:
AEROGRAM PAGI
Benarkah Anwar Tidak Pernah Menangis?
Saya menggelarkan Anwar Ibrahim sebagai seorang "ululazmin" politik di Malaysia kerana beliau telah melalui pelbagai cabaran dan tabah menghadapinya yang mana calang-calang mampu dihadapi oleh orang lain. Dan hampir semua cabaran dilaluinya sepanjang berada dalam kancah dan medan politik tidak ditempohi oleh orang lain.
Satu peristiwa yang saya saksi sendiri berlaku pada 4 April 2001, bagaimana Anwar terpaksa menerima takdir yang sangat menyedihkan apabila ibunya Hajjah Che Yan Hamid, 74 telah kembali ke Rahmatullah saat beliau meringkuk dalam penjara. Beliau tidak sempat untuk menatap wajah ibunya buat kali terakhir saat wanita mulia itu masih bernafas.
Apa yang beliau mampu lakukan hadir pada acara pengembumian jenazah ibunya itu.
Peristiwa itu menyebakkan ramai orang, Anwar sampai ke pusara di Bukit Kiara waktu jenazah ibunya hendak dikebumikan. Beliau pula ketika itu dalam keadaan sakit terpaksa dipapah dan diiring rapi oleh pengawal penjara dan polis. Anwar mengalami sakit tulang belakang (slick disk) menyeksakan, menyebabkan beliau tidak boleh berjalan dan bergerak bebas.
Yang mengkagumkan saya, dalam situasi cukup emotif itu, dikala kelaraan yang tidak terucap, beliau masih boleh tenang. Saya tidak nampak matanya berbintik dengan air dan pipinya digenang air jernih. Saya dan setiap orang melihatnya faham hati dan perasaanya, memahami kedukalaraannya. Ketabahan dan kesabaran dan kepasrahaanya kepada Allah atas apa yang berlaku sangat tinggi. Suasana ketika sepi dan ramai yang tidak dapat membungkus kesedihan mading².
Kehebatan Anwar adalah beliau tidak mempamerkan kedukaan itu kepada umum. Air matanya terlalu mahal untuk sebuah kesedihan dan tidak dijadikan modal dagangan politik.
Apakah beliau tidak pernah menangis setiap berdepan dengan kedukaan, kesedihan dan kesakitan? Saya pernah bertanya dan merungut secara peribadi kepada isterinya Dr Wan Azizah; "Kak Wan, dalam perhatian saya Pak Sheikh tidak pernah menangis, saya tidak pernah melihat air matanya jatuh, benarkah?" tanya saya.
Kak Wan tertegun seketika kemudian menjawab; "Orang tidak tahu dan tidak nampak kalau dia menangis. Anwar selalu terisak-isak di puncak malam saat kali dia bangun solat berdoa, bermunajak kepada Allah," kata Kak Wan dengan suara lirih.
Kini giliran saya pula tertegun berjurus-jurus setelah mendengar penjelasan Kak Wan itu.
Iya, kau juga manusia dan menangisi atas apa-apa kesedihan, kesekasaan yang kau alami cuma tidak kau pamerkan demi sebuah kelestarian perjuangan. Itulah kau.
Trims. MSO