Saya pun pelik, masakan sebagai Ketua Penerangan beliau tidak
tahu hujung pangkal apa yang berlaku di Sabah sebelum PRN dan apa yang berlaku
terhadap kerajaan PN di Pusat?
Beliau salahkan Shafie Apdal kerana berlaku PRN di Sabah
sehingga mencetuskan serangan Covid "kluster kabinet" yang meningkat
di negara ini. Beliau tahu atau tidak bahawa berbulan sebelum PRN Sabah,
terdapat beberapa menteri dari kerajaan PN telah datang ke Sabah bagi tujuan
"jual beli" Adun Sabah? Mereka tidak peduli tentang Covid waktu itu,
apa yang mereka mahu adalah merampas kuasa dari Shafie Apdal. Akhirnya,
beberapa katak berjaya dibeli tetapi bilangannya tidak cukup atau kuat untuk
mengambil alih kerajaan negeri di bawah Warisan.
Apa yang Shafie Apdal buat adalah menyerahkan kembali kepada
rakyat mandat untuk memilih kerajaan. TYT Sabah setuju untuk bubar Dun kerana
beliau tidak mahu kerajaan Sabah di'curi' oleh satu dua kelebihan Adun kerana
sudah pasti kerajaan itu tidak stabil dan bila2 masa boleh bertukar lagi. Katak
tetap katak dan bila2 masa akan melompat untuk cari makan. Maka Dun dibubarkan.
Mengapa salahkan Shafie Apdal dan kaitkan dengan Covid pula sedangkan puak2
kamu dan menteri2 kamu yang melanggar SOP Covid.
Beliau juga gelar Anwar 'kamikaze". Memang perangai lebai
suka melabel orang. Kamu yang bersubahat dengan pengkhianat merampas mandat
rakyat di Putrajaya kerana rakus mahu jadi kerajaan dan menteri sewaktu Covid
mula masuk ke negara ini, kamu boleh salahkan Anwar yang berjuang untuk
mendapatkan kembali mandat rakyat yang dirompak itu?
Lebai apa kamu ini? Kamu jual maruah parti kamu dan gadai
prinsip serta jual agama demi habuan dunia? Sepatutnya sebagai parti yang
kononnya membawa dasar Islam, kamu patut menasihati pengkhianat agar terima dan
akur dengan mandat rakyat, bukannya kamu yang lebih sudu dari kuah. Begitu
murah agama yang kamu jual hanya dengan nilai jawatan menteri Mewa yang jaga
tong sampah dan duta khas?
Sekarang parti kamu berada di mana? PN, Bn atau MN? Sebelah kaki
di satu sampan, sebelah lagi di sampan yang lain. Bila kedua2 sampan itu
bergerak ke arah yang berbeza, kaki kamu terkangkang, jubah koyak, kamu
salahkan Dap. Kenapa bangang sangat lebai?
WFAUZDIN NS