KES MELONJAK.DULU DIPUJI SEKARANG KEPUTUSAN POLITIK MENGATASINYA..JEMAAH MENTERI DIAM BISU..RAKYAT KECAM

 


Dato Ismail Sabri

TSMY

KP KKM

Antara tokoh yang nama mereka di sebut sebut hero dari bulan Mac lalu...

Beberapa tulisan saya dari bulan Mac menyebut popular yang di dapati oleh tokoh tokoh ini dan kerajaan PN sifatnya sementara dan di jangka pada bulan Okt nama nama ini akan merudum populariti terutama kerajaan PN. Tetapi asas yang saya jangka masa itu adalah sekadar masalah ekonomi.

Tetapi hari ni benar benar merudum nama nama mereka ini dalam kes berdepan dengan masalah convid. Kebelangkangan ini isu terhadap perlaksanaan kerajaan PN telah menjadi isu di kalangan rakyat bermula dari kes menteri Al Takiri....

Datang pula PRK Sabah dan tiba tiba kes convid melonjak. Ramai juga penyokong cuba mempertahan masalah ini. Bagi beberapa penulis memberi tahu kes convid yang datang ke Semenanjung hanya 137 sahaja bukanya banyak pun. Klauter di Kedah lebih besar berbanding kes yang datang dari Sabah...

137 kes itu bagi saya banyak dah tu....dan kes dari Sabah ini pula merebak di seluruh negara. Kita juga tahu bahawa untuk ke sabah dan balik dari Sabah ke semenanjung hanya melalui airport tidak ada jalan lain. Bukan ada jalan raya atau jalan laut. Maknanya jika lah jawatan kuasa di KKM dan MKN betul serius mudah bagi kerajaan bertindak kerana jalan keluar masuk hanya airport. Tetapi mereka teperangkap dengan keputusan politik jadi perlaksanaan itu tidak dapat di buat kerana kepentingan politik mengatasi keselamatan.

Sekarang apa juga kenyataan dari Menteri Kanan Dato Ismail Sabri tidak lagi di peduli rakyat. Rakyat merasakan undang undang ada dua. Satu rakyat yang berparti dan satu lagi rakyat biasa. Rakyat berparti termasuk menteri undang undang mereka istimewa dan kebal dari virus 19. Begitu lah komen komen rakyat biasa....

Pada hal bagi saya bukan saja ahli politik di PN tidak bertangungjawap ahli politik di pembangkang juga tidak bertangungjawap malah semua ahli politik di Malaysia seolah olahnya tidak pun sayang kepada rakyat dan negara. Bergaduh tidak berkesudahan...sehingga PM dalam ciri ceramah di Sabah dengan jelas menyebut jika PN menang dia akan dengan segera bubar parlimen...

Selama 67 tahun merdeka kali ini Malaysia berada dalam keadaan paling teruk kerana ahli politik yang ada adalah terdiri daripada perosak bangsa....perosak negara....perompak kekayaan negara dan golongan tamak....dan yang sedihnya mereka ini semua dah tua tua 65 ke atas umur mereka....masih berebut....masih tamak....dan masih ingat mereka sahaja yang layak jadi pemimpin negara....memang mereka ni semua tak ada moral dan sifat kenegaraan.....bergaduh bertempur dalam semua keadaan walau pun dah nak mampus....