Macam aku pernah sebut dulu, kerajaan tanpa mandat rakyat, dapat
kuasa ikut atap, takkan dapat keberkatan Allah. Sebab itu, macam2 berlaku.
Menteri ramai, pecah rekod sampai 70 menteri dan timbalan, dan melambak MP
dilantik ketuai GLC, tapi tidak mampu perkuatkan kerajaan tebuk atap ini.
Ternyata Muhyidin amat lemah sekarang walaupun dibantu oleh lebai. Lihat wajah
Muhyidin pun kita tahu betapa deritanya beliau menanggung kesan dari pengkhianatannya.
Kerajaan PN memang terbukti lemah. Dua kali undian dibuat di
Parlimen, kerajaan tebuk atap ini tidak pernah dapat majoriti lebih dari 111
undian. Ertinya, inilah kjaan covid paling lemah dlm sejarah asia.
Kerajaan tidak berkat, maka sesama mereka kini bergaduh. Mana
satu PN, BN dan MN? lebai Pas pula makan keliling. Sebelah kaki perahu lain,
sebelah kaki perahu lain. Bila dua perahu itu bergerak arah berlainan, lebai
pun terkangkang koyak peha sebab kerja bodohnya. Buktinya, pas hanya jadi
tukang pacak bendera di PRN Sabah baru2 ini. Kuarintin Covid kena juga buat.
Tak.pasal2. Kerusi satu pun tak merasa. Harapkan simpati je lah nanti.
Begitulah imej Pas sekarang.
Alhamdulillah, bukan semua MP tidak berotak dan tidak jujur. Ada
yang mula melihat bagaimanakah mereka boleh berperanan untuk menyelamatkan
negara ini dari tangan Muhyidin, Azmin dan menteri2 yang bebal itu? Tiada
pilihan, mereka memilih untuk bersama Anwar. Trek rekod Anwar jauh lebih baik
berbanding Muhyidin, Azmin, Najib dan Zahid. Itu faktanya.
Anwar telah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan semula
mandat rakyat yang dirompak itu. Dia hampir berjaya sekarang, cuma kita mampu
berserah kepada Allah.
InsyaAllah, kita tunggu istana dibuka.
WFAUZDIN NS