Penguatkuasaan Yang Tegas dan Pematuhan SOP Adalah Kunci
Adalah suatu perkembangan yang membimbangkan tatkala angka
jangkitan wabak COVID-19 kembali meningkat. Saya menggesa kerajaan untuk
bersikap telus dalam menangani wabak ini, terutamanya kes-kes yang melibatkan
politisi dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Tidak ada sesiapa yang
dikecualikan dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan, dan peraturan ini
hendaklah dikuatkuasakan dengan tegas tanpa selektif.
Saya juga mendesak kerajaan untuk memberikan maklumat dalam
menangani gelombang terbaru wabak ini bagi mengelak sebarang spekulasi dan
khabar angin. Adalah mustahak bagi politisi dari kedua-dua pihak dalam
mengutamakan maslahat rakyat tatkala kemelut. Kualiti kepimpinan mesti
ditonjolkan.
Hanya dengan kepatuhan dan kesepaduan sebagai sebuah negara
sahaja yang akan menjamin kesejahteraan semua, lantas dapat kita bendung wabak
ini. Semuanya terletak di bahu masing-masing untuk sentiasa bersiapsiaga untuk
diri kita dan orang sekeliling. Saya turut mendoakan kepada semua yang
dijangkiti dengan wabak COVID-19 ini agar lekas sembuh dan terus kuat semangat.
-
Strict Enforcement And Compliance By All Is Critical
I am deeply concerned about the current spike in Covid-19 cases
and spread within the community. I urge the government to be fully transparent
about the handling of cases, especially those involving politicians and other
high-ranking officials. No one should be exempt from following strict SOPs that
have been put in place and these rules must be strictly enforced, without
double standards.
I also urge the government to be forthcoming with information
and the handling of this new wave of infection to avoid further speculation and
rumours. It is imperative for politicians from all sides to prioritise the
well-being of the people in the midst of this unprecedented crisis. There must
be leadership by example.
Only if we work together as a nation, can we truly beat this
pandemic. It is up to each of us to stay safe, remain vigilant, take care of
ourselves and take care of each other. I would also like to send my well wishes
for a speedy recovery to all those that have been infected by Covid-19.
ANWAR IBRAHIM