RINA HAMZAH
Ternampak jelas bahawa tindakan menyiasat Anwar adalah untuk
mengetahui siapa Ahli-ahli Parlimen PN yang tidak lagi menyokong Muhyiddin.
Tidak sukar untuk menelah siapa di belakang semua ini kerana
untuk pihak polis semata-mata, tidak mungkin mereka berminat sangat dengan
perkara itu.
Tambahan lagi, ini adalah urusan politik dan Anwar mahu
membentuk kerajaan baru pun masih dalam ruang lingkup tindakan yang dibenarkan
oleh undang² dan Perlembagaan.
Tetapi, pihak polis cuma menjalankan tugas dan apabila Anwar enggan berkongsi senarai yang dimilikinya, kecewalah mereka yang berselindung itu.
SR