KELEMAHAN KITA MENGENALI ASET YANG ADA

 


Anwar Ibrahim pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia - Kaji selidik IDE |  Astro Awani


Saya tertarik dengan catatan Dr Al-Azharri Siddiq Kamunri yang bertanya dan menyoal apakah Malaysia perolehi kalau Anwar Ibrahim jadi perdana menteri? Sebenarnya pertanyaan dan jawaban kepada pertanyaan itulah yang kita tunggu-tunggu selama ini khasnya saya.

Al Azharri melukiskan akan keterkenalan dan kehebatan Anwar di luar Malaysia sana, semua orang mengenalnya dan mempunyai serangkaian kenalan dunia yang hebat-hebat seperti individu di Jabatan Pertahanan Amerika dan Pentagon, baik dan rapat dengan bekas timbalan setiausaha pertahanan, Paul Wolfowitz, dan bekas naib presiden, Al-Gore.

Termasuk juga rapat dengan Rumah Putih seperti Carl Gershman dari NED, Andrew Natsios dari USAID, Lorner Carner dari IRI dan banyak lagi. Termasuk juga dengan Erdogan, begitu tulis Dr Al-Azharri Siddiq Kamunri .

Bagi Dr Al-Azharri apa dimiliki Anwar itu adalah aset yang ada kepada Anwar untuk Malaysia. Tetapi sayang aset itu tidak dilihat oleh kita semua seperti mana dilihat oleh beliau itu. Malahan bagi pembenci kepada Anwar mereka mudah mencongkakkan orang-orang yang baik dengan Anwar itu adalah orang yang akan merosakan Malaysia dan agama di sini kelak kalau Anwar jadi perdana menteri. Mereka sangat menakutinya sedang kenalan bekas pemimpin lain ternyata lebih jahat tidak dibangkitkan.

Sebenarnya sangkaan itu liar dan tidak berasas sama sekali. Ia adalah rekayasa yang merugikan negara. Ketakutan dan kebimbangan itu bagaikan takut kepada hantu yang dicipta sendiri. Penciptanya adalah mereka yang sekongkol dengan OT95.

Mereka sebenarnya karut, kerana hantu yang mereka takutkan itu tidak pun ada dan tidak pun mampu menguasai manusia seperti dijangkakan itu. Sekaligus juga mereka merendah-rendahkan akal mereka sendiri.

Belum ada bukti sahih menunjukkan Anwar telah mempergunakan kenalan luar negara itu untuk mengkhianati negara ini. Demikian liberalisme yang kononnya bertentangan dengan akidah Islamiah dilemparkan ke atasnya belum terbukti ia dilaksanakan.

Atas aset yang ada kepada Anwar disebut Dr Al-Azharri itulah saya percaya ramai yang mendambakan Anwar untuk jadi perdana menteri. Tidak salah kalau rakyat ramai-ramai berpakat hatta para akademis, agamawan dan politis sendiri mengambil sikap berfikir secara logik dan tidak menakut-nakutkan diri dengan sesuatu yang sengaja direkacipta menafikan aset yang dimiliki Anwar memberi peluang kepada Anwar sekali.

Kalau Dr Al-Azharri nampak, kenapa tidak dengan kita? Apakah kerana hasad dengki yang membajai diri kita maka ia luput daripada mata hati dan mata zahir kita mengenai kehebatan yang ada kepada seorang insan bernama Anwar ini? Trims.

 

MSO