Kali ni tak buat PKP, takut runtuh ekonomi?
Ipohmali
Bila baca kenyataan Muhyidin semalam jika PKP dilaksanakan boleh meruntuhkan sistem sosial dan Ekonomi.. Kenyataan Muhyidin itu tidak ada yang benar melainkan benar belaka.. Aku bersetuju.. Tetapi kenapa lakukan PKP mengejut pada 18 Mac ?
Dan itu lah kritikan aku selama ini bila mana mengkritik tindakan berlebihan Kerajaan yang mengenakan lockdown pada 18 Mac secara mengejut tanpa memikirkan kesan ekonomi dan sosial keatas rakyat..
Biarpun aku lebih sukakan model Singapura dan Korea tangani Covid-19.. tetapi aku tidak ada masalah dengan tindakan PKP..cuma aku bermasalah dengan tindakan Kerajaan yang berlebihan keaatas rakyat..Kenapa tidak bertindak secara rasional seperti Singapura jika pun tidak mahu contohi kebijaksanaan Korea Selatan dan taiwan tangani Covid-19..
Tapi masa tu PM tebuk atap..Pak Long Mail seronok bermain dengan kuasa dari kesempatan penularan wabak COVID-19.. cuba menakutkan rakyat.. sampaikan ada yang nak beli makan..Beli Maggie dalam kelaparan pun dihukum, Ditahan, didakwa hatta ada yang dihantar ke Penjara.. Rakyat didera semahu mahunya dengan ketakutan yg dicipta pemerintah..
Masa tu Ketua Pengarah Penjara.. dan sebahagian Hakim sendiri jauh lebih bijak dari Kerajaan menasihatkan jangan menghantar pesalah ke Penjara.. bimbang memberi kesan kepada tahanan.. Sepatutnya mereka dihantar ke pusat pengasingan yang lain..
dan hari ini lihatlah..Kebimbangan Ketua Pengarah Penjara itu jadi kenyataan..kes hari ini hampir 80% berlaku dalam Penjara… Sebab apa ? Kelemahan dasar dan SOP Kerajaan sendiri.. Singapura semua warga asing disediakan tempat pengasingan khas..bukan diletakkan bersama tahanan di Depot dan Penjara..
Ini yang dikritik Rayhan Khabir dan sebahagian NGO dalam laporan Al Jazeera.. Boleh jadi inilah balasan atas fitnah kepada Al Jazeera dan Rayhan Kabir.. bagi aku, apa yang dia cakap..tidak ada salahnya biarpun tidak semuanya tepat.. masa tu korang hasut rakyat semata mata mahu rakyat bersama sokong Kerajaan..
Jika kita bandingkan Kluster Tabligh.. dan lain lain kluster yang berlaku dalam masyarakat hari ini… tidak ada bezanya.. masih dalam kitaran dan jangkitan yang sama.. 80-100 Sehari.. Kenapa dulu Lockdown(PKP) dan sekarang tidak ? Apakah sebab duit negara sudah kontang ?
bagi aku dah pastinya.. Jika Kerajaan laksana PKP.. dah pasti kita akan berhadapan dengan bencana besar Ekonomi.. jutaan rakyat akan kehilangan pekerjaan… sepatutnya awal PKP dulu..cukup tutp pintu sempadan dan pergerakan merentas negeri..
Tu lah sebabnya..Niat tu tak betul..Bukan nak jaga rakyat sangat.. Nak berpolitik..Nak cengkam rakyat dengan kuasa.. Bina ketakutan.. Hari hari rakyat diminta hadap muka Pak Long Mail..dan akhirnya tabur berapa banyak duit untuk membeli hati rakyat..
Ingat.. Kamu Merancang..Allah juga merancang dan ada ketentuannya.. Jangan ingat dengan Kuasa.. Duit kamu mampu berlaku khianat dan merancang untuk terus berkuasa.. Sampai masa kamu akan dapat pembalasan atas kerja khianat kamu sendiri.. 🙂