HAMDAN TAHA
Dari segi politik MCA,
MIC 67 tahun bersama Umno....elok sahaja mereka menerajui negara. Kenapa mereka
elok sebab mereka tak berebut kerusi yang sama....cuma ada satu dua sahaja ada
pertindihan....
Kenapa pas...umno tak
pernah berbaik selama 70 tahun. Kerana mereka berebut kerusi yang sama....
Kenapa DAP dan Umno tak
boleh bersama....kerana Umno bantu MCA membunuh DAP....dan dengan adanya DAP
mudah Umno berkuasa kerana DAP boleh jadi bahan politik....begitu juga
DAP...DAP tak berebut kerusi dengan Umno tapi tak boleh bersama...kerana Umno
boleh di jadikan bahan politik kepada DAP......sebenarnya itu sahaja....
Sekarang ni politik dah
bertukar....Umno dan PAS dan Bersatu yang berebut kerusi yang sama boleh pula
bersama dan cium mulut bersama .....buat masa ini berapa lama boleh bertahan
saya tak tahu....tapi selagi kerajaan PN ni bertahan boleh lah mereka
bersama....tapi kot kerajaan ini jatuh....saling terkam menerkam akan
berlaku...sekarang kuku semua simpan dulu....keris masih di.sarung dan di
simpan di belakang....bila akan terhunus saya tak tahu.....
Tapi saya terfikir bagaimana agaknya tiba tiba DAP bergabung dengan Umno.....jadi berbaik dan aman damai....siapa yang risau perkara ini berlaku...MCA dan MIC yang takut jika itu berlaku....kerana jika itu berlaku habis lah MCA dan MIC......DAP dan Umno berbaik dan setuju jaga bangsa masing masing....dan kawal politik perkauman masing masing.....di tengah ada PKR.....subahanaAllah boleh jadi damai kot isu kaum dan Melayu juga Cina ni......kenapa tidak....politik baru....lagi pun dalam dap LKS dan LGE dah nak habis dah era mereka.....
Politik ni macam macam
boleh berlaku....bila saya tengok ahli parlimen Umno sampai buat report polis
kata dia tak sokong Anwar.....kenapa sampai kena report polis pula....Anwar pun
tak pernah sebut orang yang buat report polis tu sokong dia.....kenapa MP-MP
perlu kecoh kecoh....relax lah bro....bagi Agung selesaikan....jangan ingat
Agung kita ni kecik anak dan tak.tahu kira jumlah MP.....
Apa yang Anwar buat ni
sebenarnya Umno,Bersatu dan PAS tak perlu buat ulasan pun. Jika lihat ulasan
Bersatu...Umno dan Pas mereka yakin mereka kuat....tidak tergugat....jadi
kenapa takut dan gentar sampai terpaksa buat kenyataan sokongan.....yakin lah
pada PN dan TSMY.....dia PM kan....jadi yang sokong dia kena yakin lah....
Cuma ramai yang buat
kenyataan sokong PM dan PN.....tapi masih ada si kalangan 113 bersama PN senyap
tampa buat apa apa ulasan pun....paling tidak saya tengok masih ada 25 MP yang
buat senyap sahaja.....itu yang saya hairan tu.....dan Anwar bukan nak 100
orang dari PN sokong dia....dia hanya perlu lebih kurang 5 ke 10
jer......sebenarnya tak besar angka tu....boleh tercapai jika ada yang nak kan
perubahan.....saya tak tahu....tapi politik kita ni semua bole jadi kan....
Jika kali ini Anwar gagal
maka untung lah MN dan PN kerana bole jadikan ini sebagai peluru menyerang
Anwar. Jika gagal saya kira DAP dan AMANAH pun akan menarik.sokongan kepada
Anwar pada PRU 15. Perkiraan saya game Anwar kali ini bukan main main....game
ini boleh timbulkan dia dan boleh tengelamkan.dia terus tak timbul
lagi.....jadi MN dan PN sepatutnya suka dan gembira dengan kenyataan Anwar
itu....jika yakin PN ada 113 yang tak belot la.....jika PN dan MN pun goyang
itu maknanya mereka pun tak yakin pada sokongan sendiri la tu....