HAMDAN TAHA
1. Pm sekarang Tsmy sudah tentu mahu kekalkan kekuasaan
2. Dato Seri Anwar Ibrahim masih bekerja keras untuk menjadi Perdana Menteri. Walaupun beliau telah gagal dari tahun 1998 tetapi sehingga
sekarang kekal sebagai antara yang di calunkan sebagai PM oleh penyokong
beliau.
3. Tengku Razalie Hamzah tokoh paling lama di dunia sebagai MP
yang tidak pernah kalah. Bersedia juga menjadi Perdana Menteri walaupun bukan
menjadi pimpinan utama Umno tetap nama beliau di kira masih antara calun yang
sesuia sebagai PM Malaysia. Beliau sukar untuk menerima jika di tawarkan pun ke
jawatan Timbalan Perdana Menteri....tak tahu lah jika jawatan lain...yang
bersesuian...Allahualam...
4. Tun Dr Mahatir Muhamad telah dua kali menjadi PM dan masih
juga bersedia menjadi PM untuk kali ketiga. Beliau masih berperanan dalam
mencatur siapa Perdana Menteri Malaysia...yang pasti beliau tidak mahu Anwar
Ibrahim menjadi PM....dan beliau mampu menyekat Anwar ke arah itu sehingga
sekarang....
Selagi masih ada 4 tokoh ini dan mereka tidak bersedia berunding
sesama mereka dan saling jatuh me jatuh sesama mereka kita akan tetap tidak
mempunyai ke stabilan politik yang di kehendaki oleh rakyat....
Begitu juga dari segi kepartian....Pas...Umno Dan Bersatu bagi
saya mereka boleh bersama tapi tidak boleh kekal lama dan tidak boleh bertahan.
Kerana mereka saling tidak percaya antara satu sama yang lain. Kepercayaan di
semua peringkat tidak ada,baik dari pemimpin sehinggalah keahlian....nampak
macam boleh duduk semeja tapi dalam hati tidak ada keikhlasan....seperti mana
gabungan antara Tun M dan Anwar....boleh duduk semeja...tapi dalam hati masing
masing asyik nak bertikam sesama sendiri....akhirnya pecah berkecai....
Apa beza antara Tun M dan Anwar dengan gabungan Pas...Umno...dan Bersatu....setiasa panas tak pernah sejuk.....nak berjalan bersama atau nak
tinggal serumah lagi dua tahun setengah takut tak sampai dah karam....
Ini semua akan merosakan negara kita ke arah lebih teruk. Kita
tidak boleh menafikan sekarang negara sedang berdepan dengan masalah ekonomi
yang berat. Jika tidak bantuan luar negara dan ahli perniagaan dalam negara
tidak berani memulakan kerancakan ekonomi....kita akan menuju
kemiskinan...kehilangan pekerjaan...hutang negara meningkat...hutang rakyat
juga meningkat...rakyat akan muflis kerana tidak mampu bayar hutang....rakyat
akan susah...negara boleh menuju ke arah huru hara..bila golongan muda dalam
sesebuah negara ramai menjadi pengangur dan tidak ada sumber pendapatan ini
akan menjadikan negara tersebut berada dalam ketidaktentuan....Apa inisiatif pemimpin. Mahathir boleh lakukan, tetapi orang yang sama kuasai negara dalam sektor ekonomi, kurang prihatin kepada golongan marhaen dan kedekut. Anwar..kita lihat pengaruh beliau terutama Turki dan dunia Arab serta Barat..ini kita perlu berikan sokongan.
Ini lah kualiti pemimpin kita yang ada....kita berdepan dengan
pimpinan utama dan senior yang tidak boleh mengenepikan keegoan masing masing.
Itu belum saya tulis tentang lapisan ke dua pimpinan negara yang lebuh teruk
lagi....seperti Azmin Ali....Hamzah zainudin dan seangkatan seeranya juga yang
bercita cita tinggi untuk jadi PM...mereka juga telah membuktikan diri mereka
boleh saja menjadi pengkianat dan menukar warna demi jawatan....ini lagi saya
nampak masa depan negara gelap dari segi melahirkan kepimpinan yang baik bersih
jujur dan di rahmati Allah swt....