IbrahimMat Isa
Assalamualaikum wbt.
Hasil dari mesyuarat malam tadi:
1. UMNO bersedia untuk terus bersama dengan PN tetapi dengan beberapa syarat:
a) Yiddin perlu meletakkan jawatan.
b) Azmin dan Hamzah Zainuddin perlu keluar dari barisan kabinet.
c) PM hendaklah di lantik dari kalangan pemimpin-pemimpin UMNO.
Atau,
2. UMNO bersedia mengambil pendekatan yang lain iaitu akan berdamai serta akan bekerjasama dengan DAP (bagi membentuk KERAJAAN yang baharu) di mana, kedua-kedua parti itu turut bersetuju bahawa...tiada lagi PPBM dan PAS di dalam gabungan tersebut.
3. Cadangan dari DS Najib agar UMNO, PKR dan DAP bersatu dalam sebuah gabungan telah di terima atau di persetujui hampir 90% oleh MT yang hadir.
4. 100% MT juga turut bersetuju dan mengambil keputusan bersama iaitu MN (Muafakat Nasional) tidak perlu di daftarkan. Hubungan dengan PAS juga, tidak perlu di panjangkan.
5. DS Najib juga telah mencadangkan agar MP-MP dari UMNO harus/perlu memberikan sokongan kepada DS Anwar Ibrahim sebagai PM yang ke-9. 90% dari MP-MP yang hadir telah bersetuju dengan saranan dan cadangan DS Najib itu. Walaupun sokongan itu bersifat sementara dan perlu di kaji semula sebelum menghadapi PRU yang ke 15, namun pada hemat mereka...pelan ini perlu di teruskan demi maruah/keselamatan Negara dan rakyat Malaysia khususnya.
Mesyuarat tamat dan semua yang hadir telah bersurai pada jam 2345hrs.
Sekian menurut sumber dalaman yang difahamkan kepada saya.
Terima kasih.