Harapan Pas gemilang terburai
MSO
Tahun 2000 saya tulis buku “Hikayat Tokguru dan Tiga Abdul”, buku itu mendedahkan ada kompolot untuk menjatuhkan Tokguru Nik Aziz sebagai MB.
Buku itu jadi kontroversi dan mendapat sambutan hangat. Dalam masa tiga minggu cetakan pertama 5000 terjual dan terpaksa diulang cetak kali kedua 3000.
Buku itu memberi kesan menyebabkan badan perhubung Pas Kelantan terpaksa disusun semula secara tiba².
Jauh disudut hati, saya mengimpikan tiga tokoh muda Pas Kelantan ketika itu menjadi pembela kepada Tokguru sekaligus memancukan Pas Kelantan. Tiga mereka adalah Husam Musa, Mohd Amar Nik Abdullah dan Takiyuddin Hassan. Kebetulan ketiga mereka saya kenal hati hudi dan fiil perangai masing².
Malangnya impian saya itu terburai apabila mereka yang diharap menjadi pengganti kepada Tiga Abdul tidak kesampaian. Mereka juga senasib dengan Tiga Abdul berpecah dan brantakan sesama sendiri.
Besar harapan saya ketiga kawan saya ini menyatu kembali seperti dulu masa dalam Dewan Pemuda Pas tahun 80an bukan untuk merebut kedudukan diri tetapi untuk membela rakyat dan negeri Kelantan bagi meneruskan legasi Tokguru. Salam Jumaat. Trims