Telah diviralkan satu klip video melalui saluran Youtube Jufazli
di mana Jufazli telah membuat tuduhan jahat dan melampau terhadap Dato Seri
Anwar Ibrahim sehingga melibatkan nama baik Istana.
Tuduhan yang menyatakan Dato Seri Anwar telah dibayar oleh IMF
untuk menghancurkan kuasa Agong menggambarkan bahawa institusi raja terutamanya
Yang Di Pertuan Agong boleh digugat dengan mudah. Ini satu gambaran yang amat
jahat terhadap keutuhan raja beperlembagaan dan boleh mendatangkan sangkaan
buruk ke atas institusi ini.
Sehubungan itu, GERAK98 Negeri Kedah yang diketuai oleh
Pengerusinya Datuk Zuraidi Rahim telah membuat laporan polis agar siasatan
dapat dibuat segera ke atas kenyataan merbahaya Jufazli ini dan tindakan tegas
perlu diambil terhadap beliau sekiranya terbukti beliau melakukan fitnah
terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim.
Kami yakin, perbuatan jahat Jufazli ini adalah bertujuan untuk
mencemarkan imej Dato Seri Anwar Ibrahim yang semakin mendapat sokongan untuk
menerajui negara ini di dalam masa terdekat.
Tahniah kepada GERAK98 Kedah yang tampil membuat laporan polis
di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar petang tadi. Saya yakin, semakin banyak
laporan polis akan dibuat di dalam masa terdekat ini.
WFAUZDIN NS
Link Youtube - https://youtu.be/BAgpkM6mAZ0