DI MANA AKHIRNYA GENCATAN POLITIK?


Kini Malaysia berhadapan dengan pengisytiharan darurat, dengan mengambil alasan kes COVID-19 yang mencanak naik sekitar 700 hingga 800 setiap hari. Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan keadaan darurat sekiranya keselamatan, ekonomi atau ketenteraman awam negara terancam.