Desak Muhyiddin letak jawatan menderhaka kepada Agong?
FB Mohd Mukhlis Mohd Sharif
Adakah mendesak PM meletak jawatan sebagai menderhaka pada titah YDPA?
Inilah naratif yang dimainkan oleh penyokong PAS sebab bab hasut 3R ini memang kepakaran mereka. Untuk memahami perkara ini kita kena balik semula pada asas perlembagaan Malaysia yang mana Malaysia adalah negara Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Sebagai Demokrasi Berparlimen, kita ada pemisahan kuasa (seperation of power) antara , kehakiman, eksekutif dan legistatif. Tujuan pemisahan kuasa ini adalah untuk melindungi kepentingan rakyat jika ada mana-mana pihak yang cuba hendak melanggar Perlembagaan Negara untuk cita-cita peribadi.
Pada post lepas saya sudah jelaskan yang Najib Razak cuba pinda Akta MKN untuk ambil alih secara kecil ( tidak di jelaskan secara teliti skala dia) kuasa untuk isytihar Darurat dari YPDA. Dia sendiri bulldoze akta tersebut tanpa kelulusan YPDA ( jelas ini sebenarnya yang menderhaka pada YPDA sebab semua ordinan kena di persembahkan pada YDPA dahulu secara tertibnya). PH naik, TunM revert balik akta tersebut tapi PN melalui Muhyidin cuba resuscitate ordinan MKN dari kubur. Jadi jelas PN cuba menderhaka pada YDPA bila hendak ambil alih kuasa YPDA isytihar darurat.
Ahli politik di bayar elaun untuk berpolitik; itu tugas mereka dalam legistatif. Jadi mana-mana ahli politik sepatutnya boleh berpolitik selagi dalam lingkup perlembagaan persekutuan. Dan ini yang diulang secara tuntas oleh Majlis Raja-Raja supaya semua pihak hendaklah menghormati keluhuran perlembagaan.
Hak dan kebebasan bersuara juga di jamin dalam perlembagaan persekutuan dalam Perkara 10 Kebebasan bersuara. Ahli Parlimen pula di beri hak yang lebih luas dalam kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan yang mana mereka di beri kekebalan dari apa-apa tindakan mahkamah jika di parlimen; ini untuk memberi kuasa yang luas bagi ahli Parlimen berbahas dengan lebih luas tanpa prejudis.
Dalam PP perkara 43 fasal 3 and 4 jelas tulis yang Perdana Menteri yang tidak mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat kena letak jawatan dan ini termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Fasal 3 juga kata jemaah menteri bertanggungjawab pada parlimen dan ini yang kerajaan PN tidak buat.
Sebab PN tergesa-gesa tukar Speaker Parlimen dan kini kita sudah nampak speaker berat sebelah bila speaker nafikan hak AP untuk usul undi tidak percaya. Padahal untuk tidak percaya termaktub dalam perlembagaan negara. Tapi nak tahu apa yang tidak ada dalam perlembagaan negara?
Scheme of thing. Baca perkara 48c PP yang kata mana-mana AP yang pegang sesuatu jawatan berpendapatan telah hilang kelayakan jadi ahli parlimen. Kalau ikut senarai MP yang di lantik dalam GLC, ada dalam lingkungan 30 lebih MP dari PN sudah hilang jawatan AP. Perkara 48e pula explain kenapa Muhyidin melalui Peguam Negara lepaskan Menteri Sawit kononya tak di beri borang 14B. Sebab kalau masuk mahkamah dan sudah ada duluan yang rakyat biasa kena denda lebih dari 2 ribu, bermakna Menteri Sawit dalam tangan sudah hilang kelayakan.
Itu belum masuk yang Muhyidin telah cuba menghina parlimen dengan prorogue Parlimen hampir kepada pemburan dalam perkara 55(1). Jadi di sini jelas yang cuba cemar perlembagaan kita adalah kerajaan perikatan nasional bila, nafi usul undi tidak percaya, prorogue Parlimen, cuba hidupkan akta MKN dan rasuah jawatan GLC (juga kesalahan rasuah di bawah akta SPRM 2009)
Apa akan jadi kalau Muyiddin berkeras tidak mahu letak jawatan dan undi tidak percaya ditolak? AP boleh bersetuju untuk tolak budget 2021 dan ikut Komanwel, kalau kerajaan kalah undi belanjawan, Perdana Menteri hendaklah meletak jawatan. Dan Perdana Menteri baharu yang dapat kepercayaan majoriti perlu di lantik dan boleh membawa usul yang sama kedalam dewan.
Untungnya dengan kaedah ini ialah kita boleh tahu intipati budget Muhyiddin sebab selama ini dia hanya berani umum peruntukan tambahan luar parlimen. Bila dia kena bentang budget 2021, baru kita tahu berapa cadangan perbelanjaan kerajaan untuk mengurus, berapa banyak untuk pembangunan, DARI MANA SUMBER YANG DIA DAPAT UNTUK MENGURUS dan berapa pula ujuran fiskal negara sebab menteri bankers optimistic kata 6% surplus padahal semua agensi kredit rating kata negatif.
Jadi kesimpulanya kita sebagai rakyat kena jadi cerdik, jangan mudah terpersona dengan bacaan doa padahal dia sendiri tak tau apa. Tak percaya? Tunjukan saya satu visi dan misi Muhyidin untuk negara ini, apa hala tuju yang dia hendak bawa negara Malaysia ini? Sebab itu dia hanya berani buat perutusan dan bukan sidang media, kalau buat sidang media orang tahulah dia ini tong kosong dan sama macam lebai malang.