Covid mencanak sebab kerajaan kata perlu kuarantin?
MMMS
Ingat kluster bangsawan yang Pak Ngah Mail kata tak payah kuarantin kalau negatif? Ini salah satu kes kenapa kuarantin kena 14 hari walaupun negatif swab test.
Tengok cara dia berkempen langsung tak ikut SOP? Apa lah nasib pengundi DUN Ayer Limau dapat Adun macam ini. Adakah PN akan dakwa Adun ini sebab langgar SOP atau undang-undang hanya untuk rakyat kebanyakan dan bukan pemimpin? Takiri pun dah nak masuk 2 bulan belum ada ada dakwaan lagi.
Benarlah kata Ibnu Taimiyah yang:
“Allah membiarkan bertahan negara yang adil sekalipun dipimpin oleh orang kafir; dan (Dia) tidak membiarkan [negara] zalim untuk bertahan sekalipun dipimpin oleh penguasa Muslim” dan “Dunia itu akan bertahan bersama keadilan dan kekufuran dan tidak akan bertahan lama dengan kezaliman dan dengan Islam”
PN bukanlah kerajaan yang rakyat undi, dan bukanlah kerajaan yang dapat rahmat macam SSST sertu. Hari ni sahaja sudah jadi 260 kes. Kalau mula balik PKP yang sengsara siapa? Golongan b40 juga. Ahli politik ini sedapla elaun mereka terus masuk even PKP. Ni rakyat yang di jaja nama mereka bila nak meraih undi macam makcik kiah yang akan menderita.
Pengkhianat sama sekali tidak mendapat rahmat, yang pasti akan medapat balasan apa yang mereka khianat di akhirat.