Bossku? Najib ialah bos yang tak ada habuk pun By

 

By

 Aliran admin

 -

1.okt 2020

 

 

Najib telah meninggalkan kesan mendalam iaitu kelemahannya; dia ialah suatu kegagalan dan telah secara sedar menjatuhkan keutuhan Malaysia, CW menulis.

Pada 30 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mendapati mantan Perdana Menteri yang sedang menanggung malu, Najib Razak bersalah di luar keraguan munasabah terhadap kesemua tujuh pertuduhan jenayah pengubahan wang, jenayah pecah amanah, dan salah guna kuasa – dan menjatuhkannya hukuman sehingga 72 tahun penjara yang berjalan serentak (secara pelaksanaannya 12 tahun) dan denda RM210 juta.

Merujuk kepada tinjauan pendapat Merdeka Center baru-baru ini, sebahagian besar majoriti rakyat Malaysia, termasuk ramai dari kalangan penyokongnya, merasakan Najib adalah bersalah: 61% daripada 3,514 responden daripada semua 14 negeri – satu sampel wakil berstatistik tinggi – setuju dengan Mahkamah Tinggi yang dia bersalah untuk jenayahnya. Hanya 18% merasakan sebaliknya.

Walaupun Najib dengan hiba mendakwa di dalam mahkamah dia “tidak sedar” sumber dana tersebut telah masuk ke akaun bank peribadinya, Hakim Mohd Nazlan Ghazali melakukan perkara yang betul dan mensabitkan dia bersalah. Dalam alasan penghakiman 801 muka surat, hakim tersebut telah memberitahu Najib bahawa kesnya ialah salah guna kuasa yang paling “teruk” pernah disaksikan di Malaysia dan mantan Perdana Menteri  itu telah mengkhianati kepercayaan umum.

Alangkan sumpah laknat di mahkamah yang memalukan, tunggangan motorsikal yang nampak kekok, dan ucapan kelakar “masyarakat yang lebih adil dan penyayang” pun tidak dapat memujuk majoriti Melayu bahawa dia tidak bersalah: lebih kurang enam dalam 10 orang Melayu ditinjau pandangan setuju Najib bersalah terhadap jenayahnya. Sedangkan gabungan kerajaan disokong Umno juga mengeluarkan kenyataan rasmi menyokong hukuman Mahkamah Tinggi.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Akhirnya, Najib ialah bos yang tiada apa sehabuk pun. Bertentangan dengan citra jenama lembik “bossku” cuba dibikinnya, kini dia bukan sahaja seorang badut tapi juga seorang penjenayah yang bersalah.

READ MORE:  Bersih 2.0 Sabah kutuk cubaan sogokan untuk lompat parti, seru pilihan raya pecat wakil rakyat (Malay/English)

 

Spot the odd one out

Najib patut dilayan sebagai seorang yang terbuang bukan kerana dia adalah Perdana Menteri Malaysia paling teruk yang tak perlu diragui lagi atau sebab pemimpin dunia nampaknya menyisihkan dia berkali-kali di pentas dunia, tapi kerana dia sebabkan kesengsaraan berjuta rakyat Malaysia yang tak bersalah dan menjatuhkan Malaysia di mata dunia. Tapi, seperti diperhatikan Hakim Nazlan, Najib tidak menunjukkan rasa kesal ke atas apa yang telah dia lakukan. Walau bebanan pemberat pembuktian fiskal, namun dia masih menafikan yang dia telah mencuri berbilion daripada rakyat Malaysia.

Najib masih tidak dapat menerima hakikat. Sebagai salah seorang ketua kerajaan (kini bekas) di yang paling tidak popular di dunia, Najib mempunyai kemerosotan keperibadian yang amat terang dan nyata. Namun tragiknya, tiada seorang pun dalam hidupnya yang mahu bersikap prihatin untuk cuba bantu dia menerima kesalahannya. 

Kelemahan Najib menjadi pusaka kekal peninggalannya; dia telah jadi suatu kegagalan dan telah secara sedar menjatuhkan integriti Malaysia. Dia adalah modal peranan yang teruk untuk sesiapa sahaja dan contoh terbaik untuk seorang politikus luput yang tak tahu apa pun.

Najib ialah seorang dungu, tapi pada tahap tertentu, dia juga sedar diri, mengaduk perancangan untuk menggilap imej lemahnya di mata orang lain, Ramai kroni Najib yang membolehkan pelbagai skandalnya berlaku masih belum disabitkan untuk jenayah berkaitan mereka, dan kita masih belum melihat mereka merangkak keluar dari persembunyian untuk membela Najib. 

Untuk meringkaskan penulis Aleksandr Solzhenitsyn, Najib ialah bos yang lemah dan bodoh, dan gabungan kedua-dua itu biasanya memang elok untuk meraih populariti yang hebat di Malaysia. Setakat ini, dia masih bergerak dan berucap dengan bebas. 

READ MORE:  The People v Najib Razak Ep 68: Didn’t know you then, but now I do

 

Namun, hari keputusan yang memalukan dengan hampir seribu “penyokong” Najib – yang nampaknya kenyang dijamu dan dibawa khas ke mahkamah – juga memakan diri.