BOB KELANANG
: Naper menti Sawit masih belum didakwa… adakah kerajaan nak
suruh rakyat melupakannya.
Bole Blah… salah tetap salah!!
SITI NUR ZAWANI MISCON
Susulan peningkatan kes Covid-19 yang naik mendadak terutama
selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diadakan, kemarahan rakyat tidak dapat
dibendung lagi apabila mereka terus menyalahkan ahli politik sebagai penyebab
peningkatan wabak berkenaan.
Tersebar beberapa gambar memaparkan kain rentang yang mencaci
ahli politik selepas negara dikejutkan dengan 317 kes iaitu yang tertinggi
pernah direkodkan sejak negara dilanda pandemik Covid-19 pada Februari lalu.
Kain rentang itu dipercayai dipasang di sebuah jejantas
berhadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dengan tertulis kata kesat
berikutan keadaan politik negara yang tengah panas.
Satu lagi kain rentang juga tersebar yang tertulis, “Rakyat jaga
rakyat, Menteri jaga poket,”.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi tersebut.
Sejak kebelakangan ini, kes Covid-19 mencatatkan peningkatan
membimbangkan sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai apabila beberapa ahli
politik gagal mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
sewaktu berkempen.
Mereka antaranya ada yang tidak memakai pelitup muka, malah
ketika ini sudah lebih tiga bulan masih lagi tiada tindakan diambil terhadap
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi yang gagal kuarantin selepas
pulang dari Turki.