PEMUDA PAS 'KEPANASAN' ANWAR DAPAT MENGADAP AGONG SELASA INI…
: Blom lagi dapat menikmati gaji GLC, tu la sebabnya meroyan PAS akan jadi pembangkang…
PEMUDA PAS dengan ini menegaskan secara serius, mengecam keras
keadaan dan situasi politik yang menggunakan taktik kotor dengan mengheret
Institusi Istana sebagai modal politik berkepentingan bagi individu yang
terlalu tamak dan kemaruk kuasa.
Ini adalah rentetan daripada pengumuman yang dibuat oleh
pemimpin nombor 1 PKR, bagi mengadap Yang diPertuan Agong (YDPA) bagi
mempersembahkan nama yang memungkin beliau menjadi Perdana Menteri menggantikan
Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) kerana kononnya telah mempunyai cukup majoriti.
Bagi pandangan Pemuda PAS, suasana begini amat dicela seolah
mahu memberi ‘ugutan’ dan ‘hasutan’ yang berterusan terhadap keputusan YDPA
yang telah memperkenan Perdana Menteri kini bukanlah seorang yang ‘diyakini
memiliki majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan’ seperti yang telah
termaktub di dalam Perlembagaan.
Bukanlah suatu yang rahsia di mana jika diingat kembali
bagaimana situasi konflik politik pada bulan Mac, yang menyaksikan YDPA
terpaksa memanggil seorang demi seorang Ahli Parlimen untuk menyatakan sokongan
manakah yang mereka telah berikan apabila SD yang dipersembahkan kepada YDPA
menemui jalan buntu. Dan adakah pemimpin ini mahukan perkara ini diulang
semula? Seakan mengajar pihak Istana pula bagaimana mahu mentadbir negara
sedangkan institusi ini bukanlah serendah itu mahu diperkotak-katikkan oleh
pemimpin seperti ini!
Pemuda PAS akan terus mengikuti secara rapat apa yang akan
berlaku pada 13 Oktober ini, yang dikatakan mempunyai majoriti yang ‘kukuh dan
diyakini’, namun jika ianya adalah sekadar retorik, Pemuda PAS tidak teragak
untuk mengadakan bantahan di seluruh negara dan mengheret ‘perangai’ ini kepada
pihak berkuasa atas penghinaan terhadap Institusi Istana dan cubaan
menghuru-harakan keharmonian negara.
Dalam masa yang sama, Pemuda PAS menyeru untuk semua ahli
politik kerajaan terus jujur dan ikhlas memperteguhkan sokongan kepada Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal dipertahankan sehingga ke PRU15, demi
mengutamakan agenda rakyat dan usaha melawan musuh COVID19.
IR TS HJ KHAIRIL NIZAM
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 11/10/2020