MD ZULAIMI KAZIN
Umno BN sudah
mempersiapkan diri untuk PRU15. Mereka memberi sokongan sementara kepada PN bagi memastikan mereka dalam kerajaan masa PRU15 nanti tapi mereka tidak akan bersama
PN.
Maksudnya? Jelas
mereka dengan lambang sendiri seperti di Sabah. BN disebut sebagai blok 1.
Mengapa mereka
bersandarkan TANPA Anwar dan DAP? Sebab mereka mengharapkan sokongan dari Melayu
luar bandar seperti PRU14.
Bagaimana dengan Pas?
Pas akan terus bersama dengan Bersatu dalam PN sebagai Blok 2. Keadaan sama
dengan Sabah cuma dari segi pembahagia kerusi tidak akan ada perbincangan
antara PN dan BN.
Bagaimana dengan PH?
Kalau DAD dan Amanah tidak boleh lepaskan Tun maka PH juga akan berpecah dengan
PKR akan bertanding bersendirian. Amanah, DAP dan Pejuang akan membentuk 1 lagi
blok bersama Warisan di Sabah sebagai blok 3
PKR akan bertanding
banyak kerusi dan tumpuan utama di negeri-negeri Pantai Barat dari Perlis sampai ke
Johor sebagai blok 4.
Maknanya kita akan
lihat 4 penjuru di semenanjung sekiranya PH juga gagal ambil kata putus dalam
hala tuju politik. Kita penyokong pun sudah bosan tiada kesepakatan yang benar-benar padu dalam PH.
Blok 1 dan 2
bertemakan kerajaan TANPA DAP dan Anwar. Calon PM? Blok 1 tiada, Blok 2 TS
Muhyiddin/Azmin
Blok 4 lebih terbuka
dengan agenda utama reformasi. Calon PM? Anwar
Blok 3 membawa agenda
menentang kleptokrasi dan pengkhianat. Calon PM? Tun/Syafie Afdal.
Jadi rakyat akan
menilai 4 blok ini untuk diangkat memerintah negara. Saya berkeyakinan sekali
lagi sifir politik akan diambil kira selepas PRU15 sebab semua blok tidak dapat
majoriti mutlak untuk memerintah.
Apakah sekali lagi
Blok 1 + blok 2?
Atau Blok 4 + blok 1
( sekiranya blok 4 menang lebih besar dan blok 1 hanya ada satu saja jalan untuk
duduk dalam kerajaan sebab mereka kata TANPA Anwar, kalau terpaksa boleh je ).
Kalau blok 4 menang
besar, sukar nak bergabung dengan blok 3 sebab Tun sudah tentu tak setuju untuk Anwar jadi PM.
Sekali lagi rakyat akan perah otak unutk selesaikan sifir politik ini.