HAMDAN TAHA
Selepas tewas PRU dan di tinggalkan oleh sahabat sahabat dalam
BN dan di katakan Umno sudah berkubur dan tak ada masa depan berubah kembali
kepada pembangkang kepada parti yang berkuasa cuma kekuasan di pecah pecahkan
oleh parti lain yang lebih kecil.
Malam tadi sekali lagi Umno membuat keputusan yang boleh merubah
keadaan politik semasa. Umno sebuah parti yang cukup bijak dan berpengalaman
berdepan cabaran di masa depan....
Bagi saya soal menang atau kalah dalam pru ke 15 bergantung
sejauh mana kebijaksanaan pimpinan Umno mencatur kedudukan Umno itu. Apakah
masa PRU nanti Bn kekal bersendirian atau bergabung dengan parti parti lain
tetapi Umno adalah tulang belakang sepertimana BN sebelum ini....
Tidak ada guna bergabung tapi menjadi sekadar tangan kiri kepada
gabungan itu hanya di tugaskan basuh berak sahaja. Kerusi yang di kongsi sudah
lah sedikit susah pula nak menang kerana kerusi yang sedap dan elok dah dua
parti lain yang ada dalam gabungan dah ambik....pun tak guna juga...
Jangan bimbang dengan kononnya parti Umno akan di lihat tidak
popular. Popular atau tidaknya bergantung dengam siapa mereka
bekerjasama...jika kerjasama itu dengan parti yang Umno boleh menjadi kuat
ketika itu maka Umno akan menjadi kuat....itu sebabnya Bersatu cukup bergembira
mahu bergabung dengan Umno dan Pas....
Umno...Pas dan Bersatu bagi saya tidak boleh bersama kerana
tidak serasi dan mereka sebenarnya musuh....bukan kawan....musuh...bergabung
sekejap boleh lah lama tak bole kerana ketiga tiga parti ini pendekar Melayu....kira pantang tercuit sikit masing masing buka bunga silat
terus....kot ada benda jatuh pun langkah silat juga di buka...jika ada orang
melatah pun bunga silat juga di bukanya....pendek kata tiga tiga pendekar....dan
pulak tu suka pada gadis yang sama....minat yang sama....keris masing masing
pun panjang dan saiznya sama.....berat