MOHD PUAD ZARKASHI
Pengatur politik macam Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin sudah
tentu memerah otak untuk gagalkan keputusan Biro Politik UMNO.
Sebagai Ketua Penerangan PN, Azmin katanya arah cyber troopers
PN guna neratif “UMNO gila kuasa” dan “UMNO mahu Anwar jadi PM”.
Sebab itu timbul tohmahan kononnya Zahid dan Najib menghantar
surat memaklumkan YDP Agung bahawa UMNO menyokong Anwar.
Cerita surat itu ditularkan oleh portal MalaysiaNow. Portal itu
adalah milik Abda Rahman Koya (adik Latheefa Koya). Katanya Azmin Ali adalah
penaja portal itu.
UMNO menang 7 PRK kerana berlaku kekosongan apabila ada YB yang
meninggal dunia. Sebagai parti politik sudah tentu UMNO kena letak calon.
Apakah itu gila kuasa?
Yang gila kuasa ialah mereka yang melompat parti dan kemudian
cuba membunuh parti yang melahirkannya. Semoga Azmin dan Hamzah terasa pedasnya
bila makan cili.
Begitu juga PRN Sabah. UMNO bertanding kerana Shafie Afdal yang
bubarkan DUN Sabah. UMNO bertanding secara demokratik.
Tetapi politiking gila kuasa dalam PPBM menyebabkan berlaku
pertukaran jawatan Perdana Menteri dalam tempoh seminggu antara Mahathir dengan
Muhyiddin.
UMNO mengambil pendirian menyokong kedua duanya supaya
pentadbiran kerajaan terus berfungsi dan kebajikan rakyat tidak terabai. Apakah
itu gila kuasa?
Walaupun UMNO majoriti, UMNO tidak menuntut apa apa jawatan
khusus. Azmin yang dikaitkan dengan skandal video samburit diberi jawatan
Menteri Kanan paling kanan.
Malangnya di PRN Sabah UMNO ditikam dari belakang. Ia bukan
cobaan. Ia adalah betul betul. Alhamdulillah Hamzah Zainuddin gagal menimbus
UMNO di Sabah.
Itulah pencetus kepada keputusan Biro Politik UMNO. Salahkah
UMNO menuntut supaya PN diurus atas konsensus parti politik bukan lagi
individual MP?
Kalau itu tidak dipersetujui, jelaslah siapa yang gila kuasa.
UMNO akan terus bangkit umpama “Biri biri menjadi singa”.