Hakikat depan mata kita sekarang, Anwar satu-satunya yang berani
tampil depan Agong berikan jumlah MP yang sokong beliau. Kita tunggu Muhyiddin,
semenjak dua kali persidangan Parlimen yang melakukan undian, Muhyiddin tak
pernah mencapai 112, iaitu separuh dari 222 Ahli Parlimen. Selepas satu persatu
Ahli Parlimen menyatakan tidak menyokongnya, Muhyiddin masih gagal menafikan atau
membuktikan sokongan ke atasnya.
Begitu juga Mahathir, Ku Li jauh sekali Azmin atau Hadi. Kesemua
mereka main nyorok-nyorok dan hanya bermain dengan propaganda.
Ramai bertanya, mengapa Anwar begitu lambat untuk ditabalkan
sebagai PM? Jawapan ini hanya terjawab jika Muhyiddin ada maruah dan sedar diri
dan rela meletakkan jawatannya sekarang. Nampaknya begitu panjang masa yang
diberikan, tiada sesiapa pun yang melakukan seperti Anwar telah lakukan,
kecuali bermain dengan propaganda.
Jangan bimbang. Sekiranya keadilan dan kejujuran itu dijadikan
asas untuk mengatasi kemelut ini, InsyaAllah, Anwar tetap akan menjadi PM kita.
Apa yang penting, rakyat tetap mahukan haknya semula.
WFAUZDIN NS