Anwar tiada rekod buruk terhadap Istana, bahkan Anwar terus
setia dan taat dengan Istana. Apabila Kak Wan dicalonkan sebagai MB Selangor
dahulu, terdapat masalah dengan Istana, Kak Wan undur diri dan taat. Sebaik
saja Anwar dibebaskan dari penjara, tempat pertama beliau kunjung adalah Istana
di semua negeri.
Cuba semak balik rekod Mahathir dengan Istana. Oleh itu, apa jua
perancangan Mahathir melalui Muhyiddin dan Azmin haruslah ditolak kerana orang
tua ini bukan saja pernah khianat kepada Umno itu sendiri, tetapi khianat
kepada PH.
Penolakan Umno terhadap Muhyiddin dan Azmin sudah pasti memaksa
Mahathir merana di dalam penghujung kerjaya politiknya. Walaupun Anwar pernah
melawan Umno, tetapi Anwar tidak tergamak untuk merancang mengharamkan Umno.
Mahathir ada sejarah mengharamkan Umno dan Muhyiddin juga pernah berhasrat
untuk mengharamkan Umno, tetapi berjaya dinasihati oleh Anwar untuk tidak
berbuat demikian. Anwar akan berlawan dengan musuh politiknya secara jantan
bukan secara dayus dan bacul seperti Mahathir.
WFAUZDIN NS