Anwar ada angka, tunggu Selasa
Hari ni ada saya di hubungi oleh kenkawan yang minta saya berikan pandangan tentang politik tanah air………
Soalan mereka jelas menjurus kepada….sahabat apa cerita anwar ni….yer ke dia ada mejoriti…? Betul ke dia dapat jumpa Agung…
Anwar ni kenapa meroyan ni….aku tengok tv dan kenyataan semua kata tak sokong anwar…pas pun kata tak sokong….GPS pun sama….mp umno hari hari keluar kenyataan kata tak sokong….tun m pun kata kita tak di bawa berbincang…..jadi siapa sokong dia ni sebenarnya….
Saya pun jawap….mana lah aku tahu bro….kena tanya dia atau orang orang rapat dengan dia ler….kita ni pun hanya dengar dan baca dalam media jer….
Tapi kot hang tanya aku la….bagi aku memang la pas tak sokong dia….anwar pun sebut perkara yang sama….tapi umno melalui kenyataan presiden dia jelas katanya ada beberapa mp dari umno yang ada sokong anwar….itu presiden dia kata…..dan dalam polisi umno pun tak salah sebab umno pun kata yang sokong PN dan Muhyudin tu bukan parti tapi ahli parlimen….jadi kot ada ahli parlimen umno yang nak sokong anwar pula….di bolehkan….setakat ini lah….tapi zahid kata siapa yang sokong tu dia pun tak pasti siapa….dan umno akan tunggu sehingga anwar jumpa Agung baru boleh komen….
Lagi satu yang sokong PN ni ada 113…..ramai tu bro….bukan sikit….yang tak sokong pula ada 109….pun ramai juga tu….jika tv 3 setiap hari ambil kenyataan beberapa orang MP dari 113 nampak lah ramai dan anwar tak ada sokongan kan…betul lah kan….dan jika anwar perlukan 100 orang MP dari PN untuk sokong dia…betul lah tak manasabah anwar ada mejoriti…..tapi yang anwar nak dari 113 tu bukan 100 MP…cukup ada 10 yang sokong dia….jatuh lah TSMY…..
Jadi cuba lah hang ambil semua nama nama MP yang dah buat penafian sokong Anwar tu ada tak 113….kot tak ada ….berat lah PN….atau dah kira punya kira ada 100 MP jer yang menyatakan sokongan padu pada TSMY itu pun masih bahaya pada TSMY kerana ada 13 lagi MP yang senyap sahaja…..
Jadi tak usah lah susah hati sangat….biar lah anwar jumpa Agung tu….setidak tidaknya anwar berkata benar bahawa dia memang di benarkan mengadap Agung….apa yang nak di bincangkan pun Agung pun tahu apa yang anwar nak bincang……biar lah dia membuktikan apa yang dia dah sebut dia ada cukup mejoriti…..
Lagi pun politik terbaru ini bukan tentang parti tapi tentang individu yang menjadi MP…..jika Umno umum dan buat satu ketetapan dan panggil semua MP umno dan di adakan satu sidang media khas kata bahawa kami bersama TSMY tu lain cerita….tapi ni tak ada pun…..
Jadi kita rakyat biasa ni boleh buat apa….bukan laku pun pandangan kita….yang laku sekarang ini MP….ada yang sebut kat saya…mana boleh umno bersama dengan Dap….mustahil…..dan Dap boleh bersama Umno….itu dulu boleh lah pakai ayat tu….dulu kita pun kata…tuan guru nik aziz pun kata…hadi awang pun kata….semua orang dalam pas pun kata….mana mungkin umno fan pas boleh bersama….cium mulut…berdecot….kot berlaku dunia nak kiamat…..itu kata mereka lah…..tapi sekarang membuktikan mereka bersama….berpeluk dan berdakap mesra….bole pula…..
Dulu TSMY pun cakap saya mustahil akan peluk dan mendakap kembali umno….bukan lama sangat dia cakap tu….4 tahun lepas saja….dalam ciri ceramah dia….sekarang boleh pula dengan umno….hujah tetap sama….demi agama….dan perjuangan melayu…..empat tahun lepas pun ayat tetap sama demi perjuangan kita tak boleh bersama umno…..
Jadi sekarang ni nak percaya siapa pun kita tak tahu dah…..jadi biar lah semua ni berlaku dan kita sekadar tengok saja. Satu perkara yang saya nak sebut….dalam umno ada MP yang Dap hormat dia…dan orang tu pun tak pernah kata lebih lebih kat Dap….dan ada MP dalam umno yang boleh menjinakkan Dap dan di terima raja raja melayu juga…..cuma dia tak di hargai oleh TSMY n The Geng……
Ingat ye anwar bukan nak 100 MP tapi sekadar cukup dia dapat 4 ke 10 pun jatuh dan PN