Kelmarin, daripada jumlah 89 kes baharu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 86 adalah penularan tempatan membabitkan 84 warganegara dan 2 kes bukan warganegara, serta tiga kes import yang semua mereka adalah bukan warganegara.
“Daripada 86 kes tersebut juga, sebanyak 25 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 88 kes,” katanya dalam satu kenyataan.