Apa beza kematian Adib dan Aziz?
Ipohmali
Semalam kita digemparkan dengan berita kematian seorang anggota tentera Abdul Aziz Aznam di sebuah kem tentera Batu Pahat… pada awal laporan Berita Harian kes anggota ATM itu bagi aku cukup jahat.. Abdul Aziz didakwa atas cubaan Membunuh diri… Persoalannya siapa yang buat rumusan kematian ini akibat Bunuh diri ?
Semalam di dedahkan laporan dari Anggota keluarganya, Mangsa sering mengadu yang dia sering di dera di Kem Tentera tersebut.. Bagi aku kes ini hampir menyamai dengan kes pertuduhan pembunuhan melibatkan pegawai kadet Laut Zulfarhan Osman yang dikatakan didera oleh 19 rakannya di Univeristi Pertahanan Malaysia…
Aku tengok 2-3 Hari ini, Ibu dan anggota keluarga mangsa merayu rayu agar kes ini disiasat.. dan meminta Keadilan untuk anak dia.. tapi belum ada satupun kenyataan rasmi dan suara Menteri dan orang Politik yang membela mereka..
Inilah masalah Bani Melayu..Masa kematian anggota Bomba Mohd Adib.. hari hari hari dok mainkan sentimen kaum dan Agama.. sampai Mufti pun sama naik mainkan sentimen Adib ini… sebab apa itu berlaku, hanya disebabkan Pembunuhan itu melibatkan kaum dan Agama lain…
Dalam kes Adib biarpun doktor Pakar, Pakar Forensik mengesahkan kesan mati itu akibat kesan kemalangan, Ahli kaluarga dan orang ramai yg mainkan sentimen kaum..tetap mahu menganggap ianya adalah Pembunuhan..
Tapi itulah Bani Melayu.. Jangankan kematian itu libatkan bangsa dan Agama lain..Kalau sesama sendiri.. kalau yang bunuh, rompak tu bani melayu..Senyap sunyi semua.. 🙂