Umno Terengganu, Kelantan tanding semua kerusi PRU 15?
Sumber dalaman yang bocor memberitahu bahawa, UMNO Kelantan akan menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) & Kerusi Parlimen sebanyak 14 kerusi ke SEMUANYA, bahawa UMNO Kelantan akan bertanding untuk PRU-15 nanti.
Seperti mana UMNO Terengganu putuskan bahawa ke SEMUA Kerusi Parlimen dan DUN di Terengganu UMNO akan masuk bertanding, di mana akhirnya tetap Melayu Islam juga yang menang seperti dikatakan oleh Pengerusi BN Terengganu, DS Ahmad Said.
Malah DS Ahmad Said akan menyerang PAS dengan isu-isu semasa pemerintahan PAS di Terengganu.
Mengikut maklumat dalaman juga, UMNO Kelantan akan melakukan gerak gempur yang cukup hebat untuk menang di ke SEMUA Kerusi Parlimen di Kelantan dan untuk menguasai semula Kelantan daripada PAS.
Isu semasa dan polemik akibat PRN Sabah telah mendedahkan bahawa MN hanyalah angan-angan semata-mata di antara UMNO dan PAS, sebelum PAS (setelah berpuluh tahun tidak pernah merasai nikmat menjadi kerajaan memerintah) akhirnya telah seronok mendapat laba ghanimah secara bidang terjun telah kuat menyokong Bersatu akhir-akhir ini.
Lantaran itu jugalah, beberapa kali pemimpin tertinggi UMNO melahirkan rasa kekecewaan, sindiran dan teguran keras di atas sikap PAS yang lebih sudu daripada kuah.
Jika diamati, PAS telah condong ke arah PN yang telah pun diluluskan oleh ROS adalah bersebab. Kerana jika PAS terus menerus menyokong UMNO yang terpalit dengan pelbagai skandal, maka kesan secara langsung PAS perlu menanggung beban tersebut.
Namun jika PAS lebih menyokong BERSATU pimpinan TSMY, maka beban atau kesan daripada imej BERSATU kurang kesannya kepada PAS. Lagi pun sudah pasti tawaran yang dijanjikan oleh TSMY kepada Hadi (jawatan TPM) masih terbuka sehingga PRU-15 dan selepas PRU-15, jika BERSATU dan PAS menang di bawah bendera Pakatan Nasional.