Umno, Pas makin gila
Via WhatsApp
Sebelum kerajaan pimpinan Pakatan Harapan digulingkan, pelbagai isu kerap dimainkan oleh UMNO-PAS dan dilindungi oleh Pengkhianat dlm kerajaan PN termasuk isu kematian Adib, isu Dong Zhong, isu Tommy Thomas, isu “pengaiban Melayu-Islam dan sebagainya.
Semua isu ini biasanya dikaitkan dengan DAP dan PKR termasuk isu kematian Adib, di mana Waytha Moorthy didakwa diperalatkan oleh DAP dan bergerak atas arahan DAP.
Masyarakat Melayu-Islam diberitahu, jika Pakatan Harapan berjaya ditumbangkan, semua yang terlibat dalam isu-isu ini akan dihukum, khususnya DAP, yang digelar musuh Islam kerana dilindungi oleh Pengkhianat yang berada dlm kerajaan PN
Akhirnya, Pakatan Harapan tumbang apabila Pengkhianat Kerajaan PH Muhyiddin dan Azmin berpaling tadah terhadap PH dan tubuh kerajaan PN yg disokong oleh PPBM (Bersatu), UMNO dan PAS
Tiba-tiba, semua isu yang dimainkan terus didiamkan, malah UMNO dan PAS bersetuju diadakan inkues kedua untuk menyiasat punca kematian Adib walau pun perkara ini jelas bercanggah dengan peruntukan perundangan kerana Menteri Kehakiman drpd PAS.
Tiba-tiba, Dong Zhong yang sebelum ini didakwa “rasis lampau” dan wajib diharamkan, boleh dibawa bermuzakarah.
Tiba-tiba, sekolah Cina yang dahulunya dikatakan “tapak semaian budaya rasis” yang kononnya “ala komunis”, boleh ditambah malah dikembangkan lagi yang sedia ada.
Tiba-tiba, isu yang bersangkut paut dengan Tommy Thomas dan Waytha Moorthy yang hebat diperkatakan sehingga riuh satu kampung, disenyapkan.
Tiba-tiba, isu “pengaiban Melayu-Islam menerusi penjualan aset-aset TH” tidak lagi diperkatakan, yang ada hanya isu-isu teknikal berhubung untung rugi dan sebagainya.
Rupa-rupanya, kesemua isu ini hanya dimainkan untuk meraih sokongan Melayu-Islam dan melagakan Muslim dan bukan Muslim.
Satu per satu, penipuan UMNO dan PAS terbongkar, termasuk penipuan kononnya Kementerian Kewangan di bawah Lim Guan Eng paling boros berbelanja dengan meluluskan projek-projek rundingan terus.
Rupa-rupanya, pihak yang paling boros berbelanja dalam sejarah tanah air bukannya Pakatan Harapan, tetapi Barisan Nasional di bawah pentadbiran Najib.
Rupa-rupanya, TH tidak pernah dikawal oleh Guan Eng sepertimana yang didakwa manakala mesyuaratnya tidak pernah dipengerusikan oleh seorang Cina bukan Muslim.
Rupa-rupanya, penjualan aset TH dilakukan dengan banyak di bawah pentadbiran Najib dan tidak bercanggah langsung dengan mana-mana rukun Islam.
Rupa-rupanya, aset-aset TH sememangnya dibeli untuk tujuan pelaburan dan tidak salah untuk menjualnya kepada sesiapa pun asalkan pulangannya berpatutan dan dikembalikan kepada pelabur Muslim.
Banyak lagi penipuan yang terbongkar, dan kesemua ini dilakukan untuk memastikan penyokong tegar UMNO dan PAS terus membenci kaum Cina, bukan hanya DAP dan PKR
Ini terbukti apabila UMNO dan PAS baru-baru ini memainkan isu laman web versi Cina milik SPRM yang didakwa melanggar peruntukan perlembagaan persekutuan kerana tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan untuk urusan rasmi.
Tetapi apa yang lupa diceritakan oleh UMNO dan PAS ialah laman ini merupakan laman pendua yang diterjemah dari laman asal versi Bahasa Kebangsaan dan diwujudkan di bawah pentadbiran Najib.
Ini bermakna, SPRM tidak pernah melanggar peruntukan perlembagaan persekutuan, malah tidak ada peruntukan perlembagaan yang menghalang sesiapa daripada membuat terjemahan dalam bahasa lain walau pun untuk urusan rasmi.
Bukan hanya UMNO dan PAS parti rasis, kepimpinannya dilihat makin rasis dan makin bersikap anti-Cina kebelakangan ini.
Malangnya, politik rasis sebegini makin kurang diterima oleh rakyat Malaysia, menyebabkan prestasi PPBM, UMNO dan PAS merosot teruk di PRN Sabah baru-baru ini walau pun PAS tidak bertanding tetapi beri sokongan penuh.
Masyarakat Melayu-Islam dan Bumiputra Muslim sudah mula membuka mata dan melihat siapa sebenarnya PPBM (Bersatu), UMNO dan PAS, bagaimana mereka ditipu dan khianat selama ini.
Ini jelas dapat dilihat apabila DAP dan PKR mencatatkan peningkatan ketara dalam undi Bumiputra Muslim di Sabah biar pun PPBM, UMNO dan PAS terus-menerus memainkan sentimen anti-DAP dan PKR dalam kempennya.
Percayalah, zaman provokasi Pengkhianat PPBM (Bersatu), UMNO dan PAS sudah lama berakhir.
Yang tinggal hanyalah sekumpulan manusia berkepentingan dan terdesak yang sanggup melagakan kaum Cina dan Melayu-Islam demi memajukan agenda peribadi masing-masing.
PPBM (Bersatu), UMNO dan PAS dijangka akan hangus di PRU-15 dan bakal digantikan oleh parti PKR dan PH.
Parti ini benar-benar menitikberatkan hak asasi dan nasib rakyat jelata yg hidup miskin serta mendukung perjuangan Agama, Bangsa dan Negara, bukannya Wang, Kuasa dan Kedudukan.
Hidup PKR!!!