Dun N24 Tanjung Keramat adalah di bawah Parlimen Putatan. Di Dun
ini lebih kurang 14 Ribu pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Sabah pada
Sabtu ini. Daripada jumlah tersebut, lebih kurang tiga ribu adalah pengundi2
awal di kalangan warga tentera.
Calon yang mewakili Warisan yang bertanding di Dun Tanjung Keramat
ini adalah Sdr Rosdy bin Wasli dari parti Amanah iaitu seorang tokoh berusia 45
tahun, matang, bertenaga serta berkelulusan universiti. Ini terbukti dengan
penglibatannya di dalam banyak persatuan terutamanya di bidang sukan. Beliau
dari parti Amanah, sudah tentunya memiliki ciri2 akhlak dan moral yang baik
sebagai seorang pemimpin.
Saya sebagai bekas tentera, menyeru rakan2 khususnya warga
tentera di Dun Tanjung Keramat untuk memberikan kepercayaan kepada Sdr Rosdy
Wasli agar beliau boleh berperanan lebih besar di dalam Dun Sabah nanti apatah
lagi di bawah kerajaan Warisan Sabah. Saudara semua terutamanya yang telah lama
berkhidmat di Tanjung Keramat sudah pasti boleh menilai dan membuat
perbandingan di antara kerajaan terdahulu berbanding kerajaan Warisan meskipun
kerajaan di bawah Shafie Apdal ini belum pun masak sepenuhnya, tetapi berjaya
menampilkan pentadbiran yang bersih dan telus. Kerajaan yang cuba dijatuhkan
dengan cara jijik ini sewajarnya dihukum oleh warga tentera di sini.
Sdr Rosdy Wasli begitu menghormati anggota pasukan keselamatan
dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyinggung kita semua
samada warga tentera, polis atau pesara2 tentera. Adalah tidak adil sekiranya
kita menghukum beliau hanya kerana terdapat ketelanjuran kata2 yang mengguris
hati dan perasaan kita yang dikeluarkan oleh pihak lain di mana kenyataan itu
turut dibantah oleh calon Warisan di sini iaitu Sdr Rosdy. Ketegasan Sdr Rosdy
di dalam membantah kenyataan dari Mohamadin Ketapi baru2 ini membuktikan beliau
bersedia untuk membela maruah warga tentera. Pemimpin Warisan, Shafie Apdal
sendiri secara tegas menegur perbuatan tersebut dan meminta maaf di atas
ketelanjuran beliau.
Saya percaya, teman2 warga tentera tidak akan terpengaruh dengan
propaganda atau hasutan dari pihak tertentu. InsyaAllah, perubahan kerajaan di
peringkat Pusat tidak beberapa lama lagi akan memberi manafaat kepada Sabah
khususnya di Dun Tanjung Keramat itu sendiri di mana kerajaan Warisan Sabah
yang bakal terbentuk selepas 26 September ini adalah kerajaan negeri yang akan
bekerjasama dengan kerajaan PH di peringkat Pusat setelah PH berjaya
mengembalikan semula mandat rakyat.
Semoga teman2 dapat membuat pilihan yang bijak pada hari
pengundian nanti. Undilah calon Warisan, Sdr Rosdy Wasly.
WFAUZDIN NS.