Menjelang PRU14, nama Mahathir harum dan setiap ceramahnya
dihadiri puluhan ribu orang berbilang kaum, sehingga ramai yang berkata itu lah
aura Mahathir yg menjadi penyebab PH menang. Benarkah?
Tidak benar samasekali. Nama Mahathir gah ketika itu adalah
kerana Mahathir waktu itu menyatakan sokongan kpd Anwar yang berada di dalam
penjara dan sokongan Anwar juga kpd Mahathir. Waktu itu kedua mereka saling
sokong menyokong dan rakyat amat gembira dengan gandingan mereka berdua.
Bila imej Mahathir jatuh? Ianya bermula beberapa bulan selepas
Mahathir angkat sumpah menjadi PM. Ketika itu, banyak perkara yang tidak
menyenangkan dilakukan oleh Mahathir selaku PM. Mahathir mula tidak memandang
Anwar lagi bahkan tidak menghormatinya. Anwar cuba untuk menunjukkan
keikhlasannya menyokong Mahathir dengan setiap minggu Anwar akan ke pejabat PM
untuk memberikan pendapat dan pandangan bahkan teguran.
Banyak dasar dan kerja
buat Mahathir yang tidak disenangi oleh Anwar kerana bertentangan dengan
semangat reformasi yang dijanjikan kepada rakyat. Janji sentiasa menjadi mainan
Mahathir untuk melaksanakan manifesto PH bagi mengangkat Anwar sebagai PM.
Namun, Anwar terus bersabar dengan karenah Mahathir hingga ke hari terakhir
jatuhnya kerajaan PH akibat pengkhianatan yang laluannya dipermudahkan oleh
Mahathir apabila beliau meletakkan jawatan sesuka hati tanpa perbincangan
dengan rakan-rakan di dalam PH.
Imej Mahathir bertambah buruk apabila setelah hilang kuasa pun
masih tidak mahu menerima Anwar. Lebih jelas lagi, secara terbuka Mahathir
menyatakan tidak akan bekerjasama lagi dengan Anwar dan Keadilan. Mahathir
hanya mengharapkan sokongan Amanah, Dap dan Warisan. Beliau amat marah apabila
Keadilan tidak lagi mahu mempercayainya untuk menjadi PM kali ketiga.
Terbukti, di PRK Slim baru-baru ini calon pilihan Mahathir
berlogokan pokok, tumbang dengan penuh keaiban. Mahathir dimalukan di kawasan
majoriti Melayu. Tahniah kepada Anwar yang tidak melibatkan diri di dalam kempen
di Slim. Anwar bijak bila memberikan ruang kepada calon Mahathir untuk
bertanding di situ agar rakyat dapat menilai betapa buruknya imej Mahathir.
Siapa lagi boleh bercakap, Mahathir boleh dapatkan sokongan
Melayu?
WFAUZDIN NS