MOHAMAD AFENDI ABAS
Ingat lagi kisah penghinaan terhadap sultan-sultan yang dicetuskan oleh page SABAH SARAWAK MERDEKA?
Kes itu sepatutnya di bawah pantauan KEMENTERIAN DALAM NEGERI. Siapa menterinya waktu itu? Muhyiddin Yassin, PM sekarang.
Tapi kenapa tiada siasatan yang agresif dibuat untuk menyelesaikan kes tersebut? Jawapannya kita boleh faham bila Langkah Sheraton terjadi. Ternyata Muhyiddin memang musuh dalam selimut selama ini.
Begitu juga dalam soal RUU355.
PAS UMNO hanya menimbulkan perkara ini dengan satu saja matlamat iaitu MENGUMPAN PENENTANGAN DARIPADA DAP.
Sebab itu, PAS tak pernah dilihat serius untuk membawa RUU355 ke parlimen. Segala rapat umum dan himpunan 'mega' hanyalah wayang untuk mengumpan DAP memberi reaksi yang 'menguntungkan politik penjual agama dan kaum'.
KES CONTENG MURAL
Kes Azmin gagal cam muka walaupun bentuk dan struktur muka masih boleh dicam. Tapi tiba2, dalam kes CONTENG MURAL, muka boleh dicam tapi alasan untuk menggugurkan kes ialah PELAKU TIDAK BERADA DI TEMPAT KEJADIAN atau dalam bahasa undang-undang, pelaku membuktikan alibinya iaitu PADA MASA KEJADIAN, MEREKA TIADA DI TEMPAT KEJADIAN.
Ini sebenarnya pelik, kerana identiti mereka dicam melalui CCTV. CCTV merekodkan semua pergerakan bermula dari kedatangan mereka ke situ, altiviti menconteng dan akhirnya meninggalkan lokasi. Ini sebenarnya janggal bagi kes yang melibatkan rakaman CCTV.
Maka, rumusan yang kita boleh buat, ada pihak yang sengaja mengupah individu tertentu untuk menconteng muka pemimpin BN (ini no big deal). Yang tambah perisa berapi apabila pelaku tersebut JUGA MENCONTENG MUKA AGONG dan juga Dr Hisham.
GU boleh jamin, disebabkan perkara ini tergantung, rakyat akan terus meneka2 kononnya ini perbuatan penyokong PH sebab muka pemimpin BN turut diconteng. Inilah cara BN bermain politik kotor.
Bermain dengan persepsi supaya rakyat sendiri yang berfikiran negatif terhadap PH.