Aku dibantu oleh seorang kawan, belikan tiket untuk aku boleh
pergi ke Sabah dengan Kota Kinabalu pintu masuknya.
2. Tujuan pergi untuk aku katanya tolong-tolonglah Calon UMNO/BN
tu abang.. Saya belikan tiket untuk abang.
3. Bila dia bagi cetakan tiket.. aku akan terbang jam 2.40 ptg.
Maka saperti biasa aku akan pergi awal. Jam 12.00 tengah dah sampai KLIA 2. Aku
kenal sangat masalah Lapor Masuk dengan Air Asia. Dengan bantuan seorang
kakitangan Air Asia. Lapor Masuk berjalan dengan baik. Aku diberikan pass
berangkat.
4. Tanpa aku periksa dan dia pun tak beri tahu bahawa no pesawat
aku bertukar dari Jam 2.40 ptg ke 2.05 petang. Jam 2 Petang.. aku masih diluar
diluar tidak masuk ke pintu berangkat. Jam 2.15 aku masuk ke Terminal yang aku
tertulis dalam tiket asal.
5. Sampai jam 2.30 aku tengok di pintu keberangkatan aku tidak
ada orang. Dalam fikirkan aku tak kan kosong penerbangan ke Kota Kinabalu. Maka
aku bertanya dengan pertugas yang berada di pintu itu. Betulkah ini tempatnya
dengan menunjukkan tiket asal. Pertugas itu menjawab.. pesawat sudah terbang
jam 2.05 minit tadi. Kamudian dia minta pass berangkat. Kan Pak Chik.. kena
lapor jam 1.35 tengah hari, ujar lagi. Waduh kata aku.
6. Baru akun tahu bahawa jadual penerbangan aku sudah berubah.
Maka pertugas itu minta berhubung dengan Pusat Perkhidmatan Air Asia dan dia
menambah bagasi aku sudah dikeluarkan dan minta aku ambil bagasi di Pusat
Perkhidmatan itu.
7. Aku ikut arahannya. Di Pusat Perkhidmatan Pelanggan aku di
serahkan bagasi aku semula. Pegawai Pertugas kata.. naik semula ke Pusat
Pelanggar aras 3. Jika mahu membeli tiket semula.. Tiket itu di kira sudah 'burn'
atau terbakar. Tak boleh berbuat apa-apa.
8. Aku pun naik ke Pusat Pelanggan di Lobby Pelepasan. Aku
mengadu dan menceritakan apa yang terjadi. Siapa yang silap, aku atau Air Asia
atau kedua duanya. Aku dan Air Asia.
9. Mula-mula pertugas itu berita tahu ada dua penerbangan . Yang
pertama jam 5.00 petang harga tiketnya dalam 760.00 ringgit dan jam 8.00 malam
harganya 240 ringgit. Aku pun merayu.. bahawa aku pun lewat. Kegagalan kerana
tiket dan pas pelepasan berbeza. Bagaimana pun aku sudah bersedia untuk membeli
tiket baru.
10. Kerana pertugas itu tidak ada autoriti.,dia berbincang
dengan pegawai atasannya. Akhirnya keputusan tiket aku diganti dengan
penerbangan jam 5.00 petang tanpa membayar sebarang bayaran tambahan.
11. Pegawai bertugas Air Asia berjumpa aku.. namanya Zamry. Aku
melawak dengannya macam nama Pengerusi MAB aja. Kira-kira saya jumpa Pengerusi
MAB lah ini.. Dia ketawa. Dan bagi Air Asia dia minta maaf.
12. Biasanya aku ada dua kad nama. Satu ada tulis Dato' dan satu
kosong. Aku bagi yang tidak Dato.. maka berkali-kali dia panggil Encik Zaharin.
Aku senyum sahaja dan ucap juga terima kasih kepadanya. Kerana katanya jarang
berlaku Air Asia akan mengganti tiket dan itu bukan dasarnya. Tetapi penjelasan
En Zaharin, saya terima. Pegawai kaunter Lapor Masuk tidak memberi tahu
pertukaran jadual penerbangan.
Ini satu kisah yang perlu aku catatkan.. supaya peringat kepada
yang lain. Bila naik Air Asia jangan tengok tiket yang asal sebalik tengok
maklumat dalam Pass Berangkat (boarding pass). Jika tidak menjadi saperti aku..
tertinggal pesawat.
Sang Kelembai
September 10, 2020
Kota Kinabalu. Sabah.