SALAHKAN BANGSA LAIN UNTUK BETULKAN BANGSA SENDIRI

 

Bersembang-sembang mengenai orang Melayu yang sangat suka menyalahkan bangsa lain ambil peluang dalam negara. Marah orang Cina berniaga. Orang Cina berniaga segala 'balaghena' (bahasa orang utara). Orang Melayu merah mata. 

Dah tu anak orang Melayu, bila pergi sekolah mak pesan, belajar rajin-rajin nanti besar kerja dengan kerajaan. Gaji tetap setiap bulan, bila bersara ada pencen boleh makan.

Dah tu orang Cina nak buat apa, nak jadi gangster ka? Mereka juga nak cari makan, maka mereka menceburi perniagaan. 

Nasib baik mereka berniaga, pegang ekonomi negara. Orang Melayu baru berniaga nasi lemak, dok sebelah menyebelah, lepas 2, 3 bulan adalah salah seorang bergantung power siapa lebih bertahan, seorang lagi mati pelan-pelan. 

Sepatutnya orang Melayu bersyukur la dia kerja kerajaan, ada gaji setiap bulan. Orang berniaga gaji bukan tetap ada masa kena tukar perniagaan nak hidup nak makan. Orang Melayu kuasa membeli dalam tangan. Tapi riuh ada saja tak kena, sehingga tak kemana!

Sekarang orang Bangla buat macam-macam kerja, bukan nak kaya tapi nak cari makan. Tapi kerana niat dia nak cari makan dan hantar pada keluarga, dia pun 'ter'kaya! Apa Melayu nak kata?

Orang Indon pula sodok hutan. Bina rumah dan dirikan perkampungan. Bukan setakat menternak ayam itik, anak dia pun membiak. Lahir di bumi bertuah dan dapat kerakyatan. Lepas SPM anak dia p kerja kat Giant, McD, KFC. Anak Melayu tanam anggur dalam mulut mak beli dari Giant. Dari diploma ke degree, masih tak bekerja sambung lagi. Mak ayah jenuh dok sara sampai mati tak merasa anak punya duit buat belanja hari-hari!

Bising sana sini. Dari turun temurun pun tanah ni dijajah, tak pernah ada selain Melayu jadi pemerintah. Melayu akan terus dijajah, walau kekal memerintah. Sebab apa ya?

Sebab sikap Melayu yang takkan rai merai, bantu membantu, menghargai memuji 'another' Melayu. 

Melayu sangat cekap menunggu 'another' Melayu gagal atau layu. Barulah ada semangat terasa hebat mengeji dan mengutuk 'the other' Melayu.

Ku tegur ni sebab aku Melayu dan risau halatuju bangsaku.