Kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) Matunggong merupakan salah satu kerusi sengit yang dipertandingkan oleh
KEADILAN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Terletak di bawah Parlimen
Kudat dan berada sejauh 137 km dari Kota Kinabalu, DUN Matunggong merupakan
salah satu kerusi kuat KEADILAN, dengan 17,111 pengundi berdaftar di kawasan
itu.
KEADILAN pernah memenangi DUN
Matunggong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), apabila Jelani Dasanap meraih
6,947 undi dengan majoriti sebanyak 320 undi, sekali gus menewaskan empat calon
lain di kawasan itu.
Pada PRU-14, Sazalye Donol
Abdullah bertanding sebagai calon DUN Matunggong namun namun tewas tipis
apabila meraih 5,259 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Julita
Majunki yang meraih 6,946 dengan 320 undi majoriti.
Bagaimanapun dalam PRN Sabah
2020, peluang KEADILAN dilihat semakin cerah.
Sazalye sekali lagi bertanding
sebagai calon DUN Matunggong, namun akan bertanding menentang calon Barisan
Nasional (BN) dan calon Perikatan Nasional (PN).
Ini menyaksikan pertembungan
antara penyandang kerusi, Julita dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dibawah PN
dengan Richard Kastum yang mewakili Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dibawah
BN.
Kerusi DUN Matunggong turut
dipertandingkan oleh Sarapin Magana selaku calon Parti Cinta Sabah (PCS) dan
Hibin Masalin selaku calon Parti Gagasan.
Tiga lagi merupakan calon Bebas
iaitu Dr Paul Porodong, Ronald Tampasok dan Joseff Emmanuel.
Pertembungan antara BN dan PN
dalam satu kerusi sudah tentu akan menyebabkan berlakunya kekeliruan pengundi
dan jelas menunjukkan bahawa kedua-dua gabungan parti kerajaan ini gagal
mencapai kesepakatan sekaligus tidak sepatutnya diundi oleh rakyat.
Tidak mustahil, undi pecah akan
memihak kepada KEADILAN pada hari mengundi nanti.
Senarai calon DUN Matunggong
1. Dr Paul Porodong (Bebas)
2. Sarapin Magana (PCS)
3. Ronald Tampasok (Bebas)
4. Richard Kastum (BN-PBRS)
5. Joseff Emmanuel (Bebas)
6. Julita Mojungki (PBS)
7. Hibin Masalin (Gagasan)
8. Sazalye Donol Abdullah (PKR)