PRN Sabah: Anwar perlu buat keputusan tegas
PKR akan meletakan calon dalam Pirane Sabah yang akan berlangsung hujung bulan ini. Semalam parti itu telah meluncurkan jentera pilihan raya oleh Anwar Ibrahim dalam suasana meriah dan penuh bersemangat sekali.
PKR akan berkolaborasi dengan Warisan untuk berhadapan dengan BN dan PN. Sesuai dengan kedudukkan parti itu di Sabah negeri memiliki keahlian kedua terbanyak PKR berharap pengagihan kerusi untuknya munasabah.
Kita percaya Shafei Apdal dapat berbincang penuh rasional dengan Anwar berhubung pembahagian kerusi yang adil dan realistik.
Kita tidak tidak bimbang mengenai pengagihan kerusi, tetapi yang perlu dipastikan Anwar selaku presiden parti perlu tegas dalam menentukan calon daripada PKR. Dengan kedudukanya sebagai presiden parti yang kini tidak lagi dibayangi mana² kumpulan, Anwar perlu menggunakan kuasa prerogetifnya menentukan calon.
Dalam pada itu setiap orang hendaklah, patuh dan hormat dengan keputusan yang dibuat nanti. Jangan ada kekecohan, perebutan sehingga boleh merosakan kehormonian serta semangat padu yang terserlah pada majlis pelubcuran malam tadi.
Sekiranya semua pihak khasnya yang berangan² untuk jadi calon dapat menghormati keputusan presiden dan akur dengan ketetapan dibuat, insyaAllah PKR khasnya dapat melalui Pirane itu dengan haik dan jaya.