Nik Amar kata,
SETAKAT INI Pas sokong PN. Kalau PN jatuh, itu cerita lain, katanya. Hahaha..
Nampak tak cara Pas berpolitik? Cara paling mudah, tiada prinsip. Janji senang
dapat beli mercedes.
Dulu, waktu Mahathir
jadi PM kjaan PH, Hadi kata sokong Mahathir sampai PRU15. Tiba2 Mahathir letak
jawatan utk beri laluan pengkhianat rampas mandat rakyat, dan Muhyidin jadi PM
kjaan pintu belakang. Maka, Ostat Tuan Berahim pula kata Pas akan bawa usul
percaya kepada Muhyidin pula.
Hari ini Muhyidin
masih mengaku beliau PM walaupun Anwar petang tadi menyatakan kjaan Muhyidin
telah tumbang sebenarnya dan ini disahkan oleh Zahid Hamidi, Presiden Umno
secara tidak langsung bila menyebut ramai MP Umno kini menyokong Anwar.
Errinya, kerajaan PN Muhyidin yang terbukti selama ini hanya kelebihan dua atau
tiga MP, telah hilang sokongan. Tetapi oleh kerana Anwar belum dapat bertemu
Agong, ertinya Muhyidin masih rasa dia PM. Maka, Pas pun kata dia sokong
Muhyidin sekarang, lain cerita kalau PN tumbang esok lusa, kata Nik Amar.
InsyaAllah, esok lusa
Muhyidin tumbang, jangan pelik kalau Hadi dan Nik Amar orang pertama akan ketuk
pintu pejabat PM baru. Mereka pernah buat sewaktu Mahathir jadi PM bawah kjaan
PH dulu. Bagi Pas, perjuangan itu mudah saja, ikut siapa jadi kerajaan. Kalau
Dap ditakdirkan jadi kerajaan, Pas akan nyatakan sokongan mereka kpd Dap.
Mudah, bukan?
WFAUZDIN NS