Pas gunakan hadis bernegara untuk parti?
Ipohmali
HADIS YANG DISALAH TAFSIR ULAMA PAS.. KONTEKS NEGARA DIGUNAKAN ATAS PARTI..
1- MEMAHAMI KONTEKS QURAN DAN HADIS..
PAS bukan saja menyalah Tafsir kan maksud Jamaah, urusan Aqidah dalam pentafsiran Hadis dan Quran dengan partinya.. malah konteks pembicaraan… Itulah sebabnya penting bila kita berbicara, kita bukan hanya melihat kepada lafaz Quran dan hadis, tetapi Konteks atau Siyaq (السِيَاقُ)…
Dalam ulum Quran..Selain dari melihat pada konteks bahasa(اللُغَوِي) terutama lafaz Faqtuluh .. tetapi perlu melihat kepada konteks sejarah atau Zaman iaitu (السِيَاقُ التَارِيْخِي), iaitu konteks sejarah baik yang sifatnya umum ataupun khusus. Ini perbahasan yang selalu kita dapat garap dari peristiwa atau sejarah, kalau kita membaca Tafsir Quran atau Hadis…
Sebagai contoh apa yang diungkapd alam Hadis semalam, Jelas telah disalahgunakan Ulama PAS.. menggunakan konteks Kenegaraan kepada partinya sendiri.. lalu membawa kita meletakkan maksud Jamaah yg dilihat pada sudut Aqidah..lalu menjadikan parti sebahagian dari gambaran Agama..
2- LAFAZ HADIS SYARAH SAHIH MUSLIM
Sebagai contoh..Dalam riwayat yang disebutkan Ulama PAS semalam ada disyarahkan dalam Kita Syarah Sahih Muslim dan Subulussalam.. Apa yang disebutkan Ulama PAS semalam..
مَنْ أَتَاكُمْ وَأَمْرُكُمْ جَمِيعٌ عَلَى رَجُلٍ وَاحِدٍ يُرِيدُ أَنْ يَشُقَّ عَصَاكُمْ أَوْ يُفَرِّقَ جَمَاعَتَكُمْ فَاقْتُلُوهُ…
“Sesiapa sahaja yang datang kepada kamu sedangkan urusan kamu telah berada di tangan seorang pemimpin, kemudian dia bertindak untuk memecah-belahkan perpaduan di antara kamu atau menggugat kedudukan pemimpin kamu, maka bunuhlah orang tersebut.”
(Hadis Riwayat Muslim, 3443)
Cuba kita baca Tafsiran Ulama berkenaan Hadis ini.. Jelas ia dibahaskan dalam konteks kenegaraan.. Itu pun Ulama meletakkan proses atau prinsip Keadilan dalam menghukum.. bukan terus membunuh..Apa kata Imam nawawi dalam Syarah Shahih Muslim..
Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahawasanya..
فيه الأمر بقتال من خرج على الإمام أو أراد تفريق كلمة المسلمين ونحو ذلك وينهى عن ذلك فإن لم ينته قوتل وإن لم يندفع شره إلا بقتله فقتل…
“ Di dalamnya terdapat perintah untuk membunuh orang yang keluar melakukan penentangan kepada seseorang pemimpin, atau hendak memecah-belah kesatuan (perpaduan) umat Islam dan selainnya. Orang tersebut hendaklah ditegah dari meneruskan perbuatannya, sekiranya ia tidak mahu menghentikannya maka hendaklah diperangi. Apabila kejahatannya tidak dapat dihalang melainkan dengan cara demikian, maka membunuhnya adalah perkara yang Dibolehkan…”
(Imam Nawawi Syarah Hadis Muslim )
Lebih teruk cara berfikir dan memahami Ulama PAS seolah lah mereka hidup dalam Daulah Islam,Zaman Khilafah ketika menentang kelompok Kuffar atau dizaman perang salib… Agak beginilah cara ISIS dan Al-Qaeda berfikir.. Atas memahami hadis secara zahir ayat, Lalu mereka berjuang dan berperang di Negara Islam.. menyembelih dan berbunuhan sesama muslim… asas pada perbuatan mereka adalah Takfir…
3- SYARAH SUBULUS SALAM
Imam ash-Shan’ani di dalam syarah kitab Subulus salam menafsirkan pada maksud yang sama…
دلت هذه الألفاظ على أن من خرج على إمام قد اجتمعت عليه كلمة المسلمين والمراد أهل قطر كما قلناه فإنه قد استحق القتل لإدخاله الضرر على العباد وظاهره سواء كان جائرا أو عادلا
وقد جاء في أحاديث تقييد ذلك بما أقاموا الصلاة وفي لفظ ما لم تروا كفرا بواحا..
Hadis di atas dengan pelbagai bentuk lafaz dan susunannya telah menunjukkan bahawa sesiapa yang keluar (tidak mentaati) seseorang pemimpin yang telah disepakati oleh umat Islam dalam sesebuah wilayah (Negeri /negara), maka dia berhak dibunuh kerana akan menimbulkan kerosakan kepada manusia sama ada pemimpin tersebut seorang yang adil ataupun yang zalim
selagi mana mereka masih menegakkan solat sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis atau dalam hadis yang lain disebutkan, “Selagi kamu tidak melihat kekufuran yang nyata”.
(Kitab Subulus Salam)
4- SULTAN DAN YDP AGONG ADALAH IMAMAH DI MALAYSIA..
Dalam konteks perbahasan Imam Nawawi dan subulussalam ini sebenanrya pandangan ini sering digunakan Ulama salaf dalam mewajarkan tindakan keras mereka kepada pembangkang atau digelar pemberontak… Di Malaysia konteksnya berbeza.. Pemimpin boleh dipilih atau ditukar melalui proses Demokrasi..
Jika pemimpin Politik dan parti lawan mereka boleh dibunuh.. maka Pengkhianat yang mengkhianati Kerajaan PH yang dipilih rakyatlah terlebih aula dibunuh.. Pun begitu tidak ada pemimpin PH menyalah tafsirkan konteks Hadis ini untuk mewajarkan penentangan terhadap Kerajaan tebuk atap… biarpun mereka menubuhkan Kerajaan melalui jalan Khianat..
Di Malaysia konteksnya jelas, YDP Agong dan Sultan adalah pemimpin yang wajib ditaati dan disepakati, Suka atau tidak..Adil atau Zalim sebagaimana gambaran dari hadis Nabi ﷺ…. Kerana YDP Agong dan Sultan adalah ketua bagi urusan Agama, Bukannya parti atas nama Agama atau Islam…
5- PEMBERONTAK SEPERTI KHAWARIJ LAH YANG LAYAK DIBUNUH..
Jika kita dapat memahami konteks Hadis ini… Jelas gambaran sebenarnya mereka yang wajib diperangi adalah kelompok Pemberontak atau Bughah, Begitu juga Khawarij..
Dalam situasi hari ini… al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah telah meletak syarah kepada makna lafaz Jamaah itu…
وبالدعاة على أبواب جهنم من قام في طلب الملك من الخوارج وغيرهم والى ذلك الإشارة بقوله الزم جماعة المسلمين وامامهم يعني ولو جار ويوضح ذلك رواية…
“Para penyeru kepada pintu-pintu jahannam adalah mereka yang berusaha mendapatkan kekuasaan, sama ada dari kalangan khawarij (Idealogi extremis pemberontakan) ataupun yang selainnya. “
Hari ini zaman sudah berlalu… Hatta Sheikh Al Azhar, sheikh Ahmed tayyeb mengataan tidak ada lagi istilah Negara Islam, mahu Kafir.. Malah tidak ada lagi Kekhalifahan.. Malangnya ada kelompok Takfiri dan Khawarij seperti PAS menggunakan Hadis Nabi dan Ayat Quran menghukum Aqidah sesama muslim…
Bukan hanya menghukum Aqidah.. malah depa bermudah mudah menghukum Bunuh dalam urusan Politik..Lebih teruk nak bantah keputusan PAS di Sabah pun terpaksa guna dalil Bughah atau Khawarij.. walhal gambaran Khawarij itu ada pada mereka sendiri…
6- HAK MUSLIM DAN NON MUSLIM ADALAH SAMA..
Apapun berbahasan Ulama dalam Kitab tafsir dan hadis..Ulama Ulama mutaakhir ini dalam membahaskan tentang bukan Islam, Dalam konteks Siyasah dan Fiqh, mereka menggunakan pekataan Ghair al-Muslimin(Non Muslim) dalam membahaskan hak bukan Islam dalam pemerintahan dan Politik , sebagaimana Kitab Karangan Sheikh Qaradawi Ghair Muslimin Fi al-Mujtama’ al-Islami ( غير المسلمين في المجتمع الإسلامي )
Dalam temubual dengan Sheikh Al Azhar Sheikh Ahmad Tayyeb, bila ditanya tentang Hak bukan Islam dan disesebuah negara Islam, Mereka mempunyai kedudukan yang sama seperti orang, Islam, Tidak ada bezanya hak mereka dalam sesebuah negara melainkan menyentuh Soal dan kedudukan yang berkaitan dengan urusan Agama..
sebagaimana kaedah Fiqh dari kupasan Kitab Ghair Al-Muslimin fi Al-Mujtama’ Al-Islam yang berbunyi..
لهم ما لنا وعليهم ما علينا …
” Semua hak orang bukan Islam sama seperti hak orang Islam.. “
Jadi bagi Ulama PAS, Biarpun kamu Jahil, berhetilah memperbodohkan Ummat Islam.. lebih teruk menyesatkan mereka..
Itu sebabnya Dalam Hadis Nabi yang lain, Nabi telah sampaikan kebimbangan akan datangnya suatu zaman yang lebih ditakuti Nabi dari dajjal..
من غير الدجال أخوف عليكم من الدجال
“Sesungguhnya aku lebih takut padamu, melebihi dajjal…
Bila ditanya siapa kah mereka, jawab Nabi..
من الأئمة المضلين..
Imam imam ( pemimpin ) yg menyesatkan..