Parlimen dikuasai wakil parti atau wakil rakyat?
Di negara ini Ahli parlimen sudah menjadi 1 simbol status bukan?Kononnya amat berkuasa.Kononnya amat eklusif..Kononnya memiliki gaya mutu keunggulan.Kononnya amat bijak dan hebat.
Mana tak?Dengan mudah kita diumpan tuk sedekahkan undi tanpa sedar kenapa kita sedekah bukan?
BAGAIMANA CALON TERCIPTA?
Klu tengok list2 calon pasti ada sangkut dln kategori2 ini:
Datuk Seri, Tan Sri, Kereta Mewah, Rumah style resort, Anak politikus , Businesman Hebat, Bangsawan , Lawyer hebat , Ulama terkenal ,dan yg ada duit tuk ditabur kat Parti mahupun yg paling hina iaitu kaki ampu yg rapat ngan Pemimpin tertinggi🤣
Boleh saksikan tak pemilihan dibuat berdasarkan kebolehan calon dan aspirasi perbadi dia?Tidak..
Boleh anda lihat pemilihan calon yg jujur dan bersih dari kekotoran?Tidak..
Malah yg gelumbang najis rasuah sampai dah terang2 dijatuhkan hukuman pun masih leh kempen rata2 dan kita boleh berduyun2 lawat dan bersorak..Klu kat Amerika atau Arab dah lama kot kena baling selipar ngan telur busuk sejurus lepas depa naik pentas tuk pegang mic..Kita?Lagi mau bicara psl maruah?
Apa sebenarnya masalah kita?Kurang ilmu?Kurang agama?Atau mmg tak paham politik atau cara pilih calon yg harus wakili anda?
Atau anda hanya kemaruk simbol parti dan sedekah undi anda tanpa kenal calon?Saya masih ingat budak yg ambik video Linggam si lawyer yg dorong hakim tu tetiba jadi calon dan MP anda..Juga tak lupa anda undi budak praba MP Batu yg siapa pun tak tau asal usul hanya krn disokong bekas MP..
Ya ya.Saya paham..Anda takde pilihan..nak kalahkan jibon terpaksa juga undi dia..Kerana sekor lagi pun buta2 wala kat boss dan parti dia..Nampak tak?Anda mmg takde pilihan..Kenapa?Kerana org2 yg sepatutnya layak tak selera nak bertanding kerana anda mmg dilatih undi berdasarkan parti..
Yelah ,jadi calon bebas bukan leh buat apa..Bukan semua calon bebas ada atok petai tuk sponsor kan?😂Bukan semua calon bebas leh tawan hati korang walaupun jerit tengah panas atau guling2 kat jalan tar..
Hanya perlu big boss @ calon PM duduk sebelah calon dan suruh anda undi dia dan anda pun terus undi tanpa berselera kenali latarbelakang calon anda bukan? perogol bersiri atau penagih dadah sekali pun tak perlu tau..Simplekan?Inilah keadaan demokrasi negara kita wahai Tuan Puan..Nilah sebab ramai org2 yg layak dan bermaruah dok luar perhati drama2 politik ni selama ini..
SIAPA YG LAYAK?
Ye , saya leh agak soalan ni tuk si tegar parti..Soalan checkmate kan..Senang je nak jawab..Camane anda jatuh cinta kat kekasih anda?Bagaimana anda pilih rakan anda?Bagaimana anda pilih pekerja anda?Jawapannya tgk cara dia berfikir dan luahkan benda2 yg kamu nak dengar dan impikan..Lihat tahap pemikirannya dan kesungguhannya menyampaikan hasrat anda..Bukan janji2 bina masjid,bina longkang atau bina kubur baru..Yg janji2 guna duit ni leh tendang jauh2..
Perhati janji2 yg menerangkan cara membetulkan sistem ini dgn mengaplikasikan perubahan dasar..Ye. Keyword adalah dasar..Dasar penswastaan..Dasar pendidikan negara..Dasar pencukaian , dasar pekerja asing dan pelbagai dasar yg hanya perlu diubah untuk menghapuskan korupsi dan tadbir urus pincang..Berapa ramai yg mampu utarakan dan sampaikan cadangan2 perubahan dasar ini..?
Apabila dia boleh berfikir secara ilmiah tuk mengubal dasar yg direka oleh kapitalis..Apabila dia boleh mereka dasar naru yg hanya menguntungkan rakyat maka pastinya dia ada wawasan dan pemikiran sperti anda untuk anda..Ini saja yg sebenarnya anda harus perhatikan..
Kerana itu negara maju hanya berdebat ttg dasar dan bukan janji2 bina longkang atau terbang ke bulan..Di Amerika atau negara maju,perdebatan dasar imigrant,dasar buruh,dasar peperangan dan keselamatan serta pendidikan menjadi topik utama pembahasan..Kejayaan debat inilah yg menjadikan sumber utama pemilihan rakyat..
Kat sini plak ,cam anak kucing depa ikut belakang buntut pemimpin celebriti dan raih undi ngan bantuan abg long ni..Memualkan bukan??Really memualkan. Anda tak sedar kan?
APA TUGAS SEBENAR WAKIL RAKYAT?
Paham tak maksud Wakil Rakyat..Tu wakil anda..Wakil yg anda harap masuk parlimen tuk sergah ,ketuk meja dan jerit tuk bela anda dan kawasan anda..Dia harus setiap kali masuk parlimen utarakan soalan2 dan desak bantuan dan kemajuan kawasan anda..
Wakil Rakyat kena juang masalah rakyat saja..Tu saja..simple..Dia kena suara bila ada penganiayaan berlaku ditempat anda..Dia kena turun padang bersihkan tempat dia..Cari masalah dan solve..
Bila kadar pengangguran tinggi desak menteri berkenaan arahkan jabatan tenaga kerja buat roadshow tawaran2 kerja…Bila bangla berlambak mendesak imigresen turun tuk bersihkan …Bila sungai kawasan anda busuk minta menteri turun periksa kawasan2 kilang..Bila jenayah tinggi tanpa kawalan dedah kat parlimen dan desak menteri KDN ambik tindakan..Bila jalan rosak teruk ambik gambar dan dedah kat parlimen..Biarkan 1 negara nampak kepincangan menteri2 dan pegawai2 bawah dia buat keje..Biar diaorg kejar2 betulkan masalah walaupun pilihanraya kena tunggu 5 tahun lagi..Bukan settle masalah hanya bila 2 minggu nak pilihanraya..
APA SEBENARNYA WAKIL RAKYAT@WAKIL PARTI KITA BUAT TUK SETIAP 5 TAHUN ?
Yg saya nampak depa bawak duit peruntukan ketul2 dan lawat majlis politik sana sini tu sumbang dana hanya tuk dapatkan sokongan org2 politik tempat diaorg je..Letak seciput duit kat pusat perkhidmatan dan bagi sedekah kat org2 malas yg dtg secara rutin mintak duit tuk kononnya tunjuk dia buat keje dan edarkan peruntukan itu.
Bila masuk parlimen asik sindir dan hentam sesama parti..Seolah2 kempen korang melimpah2 di parlimen dgn burukan parti lawan saja..Come on lah..Korang pernah tengok tak keldai2 ni citer tentang masalah rakyat setempat yg undi mereka??
Atau korang pernah sekali terfikir nak tanya keldai2 ini tak bila dia ke kawasan anda?
“Pehal ko masuk parlimen tak bawak masalah kita?”
Tidak..Tak kisah..Tak perlu tau..Janji dia kekal dicalonkan dlm parti pujaan anda dan anda terus undi dia..Dgn harapan ketua pujaan parti anda leh jadi PM..Camtu kan?Tak rasa bodo ke?
Usah gi jauh..Budah Sabah naik pokok tuk exam..Tgk camane MP dia respon?..Dia tak langsung back budak tu , tapi masih ada selera angkat menteri parti dia..Tak terfikirkah anda , keldai ni wakil rakyat atau wakil parti?
Tuk ni ke anda perlu undi dia.?Tuk dia jadi jurucakap parti dia di parlimen malah di media sampai sanggup hina anak kampung sendiri?
Come on lah , gaji berpuluh juta dari cukai anda tuk biar dia mati2 tahankan parti ?Kelakar tak? Rasa bodo tak?Ye..Inilah realiti yg anda hadam setiap hari di bumi bertuah ni..
Sistem politik rojak unik negara kita..Sistem demokrasi Mat Salleh yg dicampur aduk dengan sistem politik hamba monarki zaman kuno kita..
Nama spt demokratik tapi sebenarnya ia hanya sekadar 1 sistem penghambaan dimana wakil rakyat menjadi hamba parti dan pemimpin dia untuk hanya kekal mendapatkan undi dan kuasa dari anda..Salah bermula dimana?
ANDA! ye anda sahaja kerana anda masih sukar keluar dari sistem penghambaan yg memuja2 politikus kononnya dia sahaja yg layak dan mmg dilahirkan tuk memimpin anda..
Klu tak masakan atok masih berperasaan dia masih leh naik jadi PM lepas rojakkan dan porak perandakan kerajaan seteruk2 ini..Kerana dia yakin anda masih akan melutut dan memuja dia sebagai insan kayangan yg mmg dilahirkan tuk memimpin anda..Kerana dia yakin dgn program otak hamba kita yg sukar direboot semula..
Masih nak kekal jadi HAMBA dan pilih wakil Parti?Tak cukup ke virus yg saya masukkan kat otak anda tuk reboot balik sistem hamba dlm otak tu??