September 29,
2020
Menjelang tahun 2030, kerajaan negeri Pulau Pinang mensasarkan pembinaan sejumlah 220,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) bagi memenuhi permintaan rakyat negeri ini.
Demikian dinyatakan oleh
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar &
Desa, Jagdeep Singh Deo.
Menurut beliau lagi, sasaran jumlah pembinaan
rumah tersebut adalah bertepatan dan sesuai dengan persekitaran ekonomi serta
permintaan semasa.
“Sasaran tersebut turut
merangkumi rumah jenis kos rendah, kos sederhana rendah dan juga meliputi tiga
kategori RMM yang berharga antara RM150, 000 hingga RM300, 000.
“Ianya disasarkan sedemikian
ekoran kesan ketidaktentuan ekonomi, persekitaran situasi kehidupan kini yang
semakin mencabar sehingga menjejaskan ekonomi.
” Dalam situasi penularan
Covid-19 siapakah yang mahu membeli runah-rumah yang dibina dengan harga yang
mencecah sehingga ratusan dan jutaan ringgit, sedangkan bagi meneruskan
kesinambungan kehidupan harian juga masih ada yang berjimat cermat,” katanya.
Sejajar dengan itu tambah beliau, pembangunan
di Pulau Pinang amat diperlukan dengan mencambahkan lagi jumlah RMM bagi
menjaga kebajikan rakat negeri ini.
Ujarnya, sejak tahun 2008,
sebanyak 33,847 perumahan RMM termasuk jenis A, B telah pun siap dibina termasuk
20,721 unit pelbagai peringkat pembinaan serta 52,174 unit yang telah pun
diluluskan untuk dibina.
Katanya lagi, dengan jumlah
tersebut ia memberi jumlah besar mencecah sebanyak 106,742 unit keseluruhannya
tatkala ini.